Tsu Koon Letak Jawatan Presiden Gerakan, Chua Bakal Ambil Tindakan Sama Dalam MCA
Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon umum letak jawatan kuat kuasa 16 Mei ini. Timbalan Presiden, Datuk Chang Ko Youn akan memangku jawatan selaku Presiden sehingga proses pemilihan parti pada 26 Oktober nanti.
Gerakan juga dijangka tidak akan meminta sebarang jawatan dalam Kabinet kali
ini berikutan prestasi buruk mereka semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 lalu.
Tsu Koon pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang ke-3. Pada pilihan raya umum 2008, Tso Koon memutuskan untuk tidak bertanding bagi
kerusi DUN, sebaliknya bertanding bagi kerusi Parlimen Batu Kawan.
Walau bagaimanapun, calon DAP, P Ramasamy, menewaskan Tsu Koon dalam
perlawanan dua penjuru.
Beliau kemudian menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab
atas portfolio perpaduan dan indeks prestasi.
Beliau tidak bertanding dalam PRU-13 yang lalu. Tsu Koon mengambil alih jawatan Presiden gerakan daripada mendiang Tan Sri
Lim Keng Yaik. Sementara itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek turut mengumumkan akan meletak
jawatan selaku Presiden MCA antara Jun hingga Disember tahun ini.
Beliau mengumumkan demikian selepas mesyuarat Majlis Presiden MCA sebentar
tadi.
Semalam, sekumpulan veteran MCA telah sebulat suara mengeluarkan gesaan agar
beliau berbuat demikian berikutan prestasi paling buruk dalam sejarah untuk MCA
semasa PRU-13, Ahad lalu. - mynewshub.my
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.