KUALA LIPIS – Calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya ke-13 bagi
kerusi Parlimen Lipis yang digugurkan pada saat akhir walaupun setelah
menerima watikah pencalonan menyatakan kesedihan dan marah dengan apa
yang berlaku namun tetap reda.
Bekas pensyarah, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman, berkata, beliau berasa
marah dan dukacita kerana watikah yang sudah ada dalam tangannya
bertukar tangan dengan menggunakan teknik sabotaj.
"Saya marah sebab watikah sudah ada pada saya tetapi
dirompak oleh Ketua Bahagian Umno Lipis dan kumpulannya.“Bukan saya
sahaja yang disabotaj tetapi turut sabotaj parti,” katanya ketika
dihubungi Sinar Harian.
Namun begitu, beliau tetap menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri
(PM), Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Pahang kerana
melayakkannya menjadi ‘calon boleh menang’ bagi BN.
Beliau turut menyatakan hasrat akan turun berkempen membantu calon BN
bagi Dun Ceka dan Benta selain melahirkan harapan agar BN menang pada
PRU13. - Sumber Sinar harian
Wassalam, Wa'allahhualam.
Salam YB Datuk MSO, Tahniah sebab sporting dan mementingkan parti UMNO lebih dari kepentingan pribadi.Inshaalah kesabaran Datuk akan mendapat balasan dari pencipta. Bagi yang mensabotaj...jamgan leka dan harus membuktikan diri anda adalah lebih baik dari orang lain dan buktikan tindakan anda adalah betul dan tepat. Jika gagal anda juga akan disabotaj satu masa nanti
BalasPadamSteady aok abg_nik :)
BalasPadam