MAIN MENU

Footer Pages

21 Apr 2013

TIADA CALON MENANG TANPA BERTANDING PRU 13 - BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Tiada calon menang tanpa bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Ini kerana kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri menyaksikan pertandingan.

Pada pilihan raya umum 2008, empat calon bergelar "Yang Berhormat" pada hari penamaan calon apabila mereka menang tanpa bertanding.

Mereka ialah Datuk Wahab Dolah (BN-Parlimen Igan, Sarawak), Datuk Zakaria Mohd Edris (BN-DUN Gum-Gum, Sabah), Datuk Abdul Raman Palil (BN-DUN Sementa, Selangor) dan Wan Ubaidah Omar (PAS-DUN Kijang, Kelantan).- BERNAMA


Barisan Nasional mencatat permulaan yang baik bagi menghadapi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 apabila menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Senggarang, Johor.

Calon BN bagi kerusi berkenaan Abd Aziz Ismail disahkan menang tanpa bertanding selepas borang pencalonan seorang lagi calon ditolak pegawai pengurus pilihan raya kawasan berkenaan. - TV3

Klik Berita DAN Video Disini  : BN Menang DUN Senggarang TV3


AAP -  Dua berita yang berbeza kut :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.