MAIN MENU

Footer Pages

17 Apr 2013

PDRM PANTAU PERANG SIBER DI LAMAN SOSIAL DAN BLOG PRU 13

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan pelan tindakan multimedia bersepadu bagi menangani penyebaran artikel dan sebarang bentuk fitnah melalui blog dan sumber multimedia.

Pegawai Penyelaras PRU13 Kelantan dan Terengganu Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata pasukan itu sudah pun beroperasi bagi memantau penyebaran berita menerusi laman sosial yang tidak benar dan boleh menimbulkan kekecohan.

Beliau berkata banyak laporan diterima dan tindakan juga sudah diambil ke atas individu yang cuba menyebarkan berita yang boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

"Wadah blog adalah antara medan bagi individu ini menimbulkan kekecohan, dan kita sentiasa memantau mereka yang cuba mencetuskan kekeliruan dan menyampaikan berita yang tidak sahih.

"Kita tidak mengira mereka dari parti politik mana...kita tetap akan mengenakan tindakan ke atas individu terbabit," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Noor Rashid yang turut mengulas penyebaran video seks yang didakwa membabitkan seorang ahli politik baru-baru ini, berkata perkara itu adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sementara itu, beliau berkata PDRM akan meningkatkan kawalan dan rondaan di 63 kawasan panas di Terengganu, termasuk di Kuala Terengganu dan Marang, dua kawasan panas yang sering tercetus insiden kekecohan dan pergaduhan. - Bernama

Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.