MAIN MENU

Footer Pages

18 Apr 2013

INFO : BAGAIMANA ULAR BOLEH BERGERAK TANPA KAKI ?

Ular walaupun tidak mempunyai kaki dan tangan tetapi boleh bergerak dengan sangat mudah. Cara ular bergerak sememangnya sangat unik dan tidak dimiliki oleh haiwan melata yang lain. Satu kajian pakar meneliti bagaimana ular boleh bergerak cepat walaupun tidak mempunyai tangan dan kaki.

Kita tahu ular boleh bergerak ke atas maupun ke bawah dengan bantuan pelbagai benda seperti batu, batang pokok, dan lain-lain. "Benda-benda sekitar hanya mempermudahkan ular untuk bergerak bukan dan tidak menjelaskan bagaimana ular bergerak," kata David L. Hu, dari Institut Teknologi Georgia dan Universiti New York, Amerika Syarikat.

Dr. Hu dan pasukan penyelidik kemudian cuba menjelaskan bagaimana ular boleh bergerak. Rahsianya ternyata terletak di struktur dan skala tubuh ular yang boleh disesuaikan dengan pergerakan ular. Percubaan dilakukan dengan meletakkan ular dalam kain yang telah diikat. Ular tetap saja boleh bergerak keluar dan masuk tanpa kesulitan.

Dengan menggunakan alat, struktur tulang dan skala tubuh ular boleh terlihat. Pergesaran struktur tulang dan skala yang membautkan ular boleh bergerak dengan mudah walaupun tanpa alat untuk membantu. Jenis pergeseran pun berubah-ubah bergantung dari tempat ular berada. Untuk itu sekarang anda mungkin sudah tahu bagaimana ular boleh bergerak tanpa kaki dan tangan.

Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.