Di perkuburan Islam, bentuk batu nisan kadang-kala menggambarkan sama ada arwah (si mati) dahulunya merupakan lelaki atau perempuan. Secara tradisi kaum Melayu, untuk orang lelaki, batu nisannya berbentuk bulat, manakala bagi wanita, batu nisannya berbentuk bersegi-segi atau leper.
Gambar sekadar hiasan
Walau bagaimanapun, tidak semua batu nisan mengikut aturan ini. Namun perkara ini amat penting untuk kita dijadikan pengetahuan bersama. Antara lain memudahkan kita untuk mengenali pemilik kubur tersebut. Milik seorang lelaki atau perempuan. Jangan sampai kita tidak mengetahui tradisi ini.
AAP - Sekadar untuk pengetahuan bersama dan tidaklah menjadi satu kesalahan jika tersalah meletakkanya. Cuma daripada segi adab dan tradisinya sahaja tidak memenuhi kehendaknya. Pasti didalam sesuatu adab dan tradisi itu tersimpan kelebihannya yang mana mungkin tidak kita ketahui.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.