MAIN MENU

Footer Pages

10 Mac 2013

INFO ASAM ROM @ RONG CARA PROSES PEMBUATAN.

Fasa satu : Asam rom dan gulai asam rom ini sudah boleh tergolong dalam makanan warisan. Nak buat asam rom ini macam asam tempoyak juga tetapi buah nya berbeza asam rom ini boleh guna dua jenis buah iaitu biji getah dan buah perah. Cara nak menghasilkan asam rom itu pun makan masa yang agak lama, cari biji getah basuh dan pecahkan kulit biji getah tu ambik isi dalamnya aja dan dah siap pecahkan semua potong isi biji getah tu dan jemur. Jemur isi getah dalam 4 atau 5 hari. (Dalam cuaca yang agak panas pastikan ianya kering sepenuhnya)

Fasa kedua : Sudah siap jemur dalam masa tadi, bab ni lah yang org tak suka buat sebab kena tumbuk biji getah tadi dengan lesung dah tumbuk tu kena uli pulak. Malas tumbuk guna je mesin blender, uli dgn sedikit air untuk mengeluarkan minyak biji getah tadi. Orang tua² cakap kalau tak buang minyak tu asam rom akan kurang sedap dan akan berbau tengit bila simpan lama² sebab asam rom ini sama dgn asam tempoyak, ia boleh tahan lama terkadang mungkin boleh sampai bertahun. Dah siap uli dan buang minyak masukkan dalam 'molo' @ balang atau tempayan biasanya dua bekas inilah jadi tumpuan.

Sekarang kita dah tau apa tu asam rom dan sekarang macam mana nak buat gulai asam rom pulak. Gulai rom ni macam² boleh buat contoh nya gulai rom rampai, maksud rampai tu ialah campur dengan pucuk² sayur kampung. Contoh pucuk paku,pucuk labu,sayur bayam,terung,keladi,ubi keledek dan lain² tapi bukan masuk semua sekali sayur tersebut,hanya 2 atau 3 jenis sahaja sudah cukup. Selain tu gulai rom ikan yang disukai ramai. Macam² ikan boleh dibuat gulai rom contoh ikan patin, ikan kenerak, ikan toman, ikan baung dan juga siput sedut pun boleh (semua jenis ikan tersebut datang daripada sungai Pahang).

Selain dibuat gulai, asam rom juga boleh dibuat sambal rom bakar dan ianya cukup enak. Cara mudah ditepek pada tudung periuk dan dibakar dan api yang kecil sahaja sehingga garing kekuningan paling sedap dimakan bersama pucuk betik mentah. Gulai rom ini kalau tak pedas memang kurang menyengat.Selamat mencuba keenakan gulai dan sambal berasaskan asam rom. Info kredit to Mok De olahan semula akuanakpahang.

U/P: Gulai rom amat popular di Pahang amnya. Khasnya di sekitar Pahang Barat, Jerantut terutama di sebelah Ulu Tembeling dan lain-lain daerah yang berkaitan.

Wassalam, Wa'allahhualam.

5 ulasan:

  1. kome biasa buat dari buah peroh, kalau getah x berapa sgt, biasanya getah ni belah tembeling.

    BalasPadam
  2. Biji getah buat sambal tepet ke tudung periuk tu sedak ngat weh :)

    BalasPadam
  3. Tgok x pnh mkn pn x pnah.. . dr johor

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.