Di hari ini banyak diantara kita yang berfikiran sedikit negatif, tidak kurang ramai juga daripada kita yang berusaha untuk meningkatkan jatidiri dan ilmu pengetahuannya serta mengambil sikap yang lebih positif. Pasti kehidupan kita ini lebih ceria seandainya kita mampu untuk berfikir secara positif. Persoalan, bagaimana kita mampu melatih diri supaya berfikiran positif ? Mungkin ciri-ciri dibawah ini dapat membantu kita untuk menjadi insan yang positif dan mengenali sikap orang yang mempunyai nilai positif didalam kehidupannya.
10 Ciri Orang yang Berfikiran positif
1. Melihat masalah sebagai cabaran
Bandingkan dengan orang yang melihat masalah sebagai cubaan hidup yang terlalu berat dan membuatkan hidupnya jadi paling sengsara di dunia.
2. Menikmati hidupnya
Pemikiran positif akan membuat seseorang menerima keadaannya dengan senang hati, meski tak bererti ia tetap berusaha untuk mencapai hidup yang lebih baik.
3. Fikiran terbuka untuk menerima saranan dan idea dan pendapat orang lain
Dengan itu, boleh jadi ada hal-hal baru yang akan membuat segala sesuatu lebih baik.
4. Buangkan fikiran negatif dengan segera setelah fikiran itu terlintas di benak fikiran
‘Memelihara’ fikiran negatif lama-lama boleh diibaratkan membangunkan singa tidur. Sepatutnya tidak apa-apa, tapi ternyata boleh menimbulkan masalah.
5. Mensyukuri apa yang dimilikinya dalam ertika kata mencukupi.
Bukannya berkeluh-kesah tentang apa-apa yang tidak dimiliki dan kekuranganya.
6. Tidak mendengar gosip yang tak menentu ( khabar-khabar angin )
Sudah pasti, gosip berkawan baik dengan fikiran negatif. Kerana itu, mendengarkan perbualan yang tak ada kebaikannya adalah perilaku yang perlu dijauhi oleh si pemikir positif.
7. Tidak mencari alasan, tapi terus melakukan tindakan
Pernah dengar perkataan “NATO” (No Action, Talk Only), kan? Ya, pemikir positif ini jelas bukan pengikutnya.
8. Menggunakan Bahasa yang baik dan positif
Maksudnya, ayat-ayat yang bernadakan optimisme, seperti “Masalah itu pasti akan dapat diselesaikan,” dan “Dia memang berbakat.” atau "awak memang hebat"
9. Menggunakan bahasa tubuh yang positif
Di antaranya adalah senyum, berjalan dengan langkah tegap, dan gerakan tangan yang ekspresif, atau anggukan. Mereka juga berbicara dengan intonasi yang bersahabat, bersemangat, dan ‘hidup’.
10. Peduli pada citra diri
Pemikir positif berusaha menunjukkan penampilan baik, bukan hanya di luar, tapi juga di dalam.
~ Hannie K. Wardhanie
AAP- Berusaha menjadi yang terbaik walaupun mungkin kita bukan daripada kalangan mereka yang terbaik. (ada kekuranganya)
Wassalam, Wa'allahhualam.
think posotif..
BalasPadam*positif
BalasPadamSalam Yassin..
BalasPadamgitulah sebaiknya dalam kehidupan kita
bersangka baik selalu..tapi payah juga,
Wmsalam.Betul tu... payah weh.. mau dia membelok juga yak :)
PadamUsaha sikit2, lama2 okay la... Sayapun sedang dalam proses mempositifkan minda... ehehh...
BalasPadam