MAIN MENU

Footer Pages

12 Dis 2012

5 TIPS AGAR ANDA MAKAN SEDIKIT BAGI MENJAGA DIET

Makan makanan sedikit adalah perkara yang perlu dilakukan bagi anda yang sedang melakukan diet. Bagi sebahagian orang yang sudah biasa makan dengan kuantiti yang banyak pastinya akan sukar untuk mengawal makan menjadi sedikit. Bagi anda yang masa ini yang suka makan banyak dan ingin makan sedikit berikut ini ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengambil makanan anda jadi sedikit nak tahu apa rahsianya? 5 Tips Untuk Makan Sedikit seperit berikut ini :

 1. Makan dengan sudu dan garpu lebih besar.
Makan menggunakan sudu atau peralatan makan yang lebih besar membuat kita cenderung makan lebih sedikit berbanding masa menggunakan peralatan makan yang lebih besar. Kecenderungan ini berlaku kerana perasaan yang timbul bahawa kita makan dalam kuantiti yang lebih banyak.


2. Menggunakan peralatan makan berwarna biru.
Kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang makan menggunakan pinggan berwarna biru lebih cenderung makan dalam jumlah kuantiti yang sedikit.

3. Menggunakan pinggan dan mangkuk yang berwarna menarik (kontras)

Dengan makanan yang anda makan.Memakai pinggan yang berwarna sama dengan makanan yang disajikan memberikan ilusi bahawa makanan yang ada lebih sedikit berbanding apa yang tengah tersaji di dalamnya.

4. Memakai pinggan, mangkuk dan gelas yang saiz lebih kecil.
Pastinya anda tidak mengambil makan dengan kadar yang berlebihan daripada had yang telah ditetapkan bergantung pada saiz pinggan tersebut. Paling perlu jika anda memakan nasi jangan disediakan bekas nasi untuk tambahan.

5. Menikmati makanan tanpa adanya pengalih perhatian.
Nikmati amalan makanan anda tanpa pengalih perhatian seperti menonton televisyen, membaca buku atau akhbar. Menikmati makanan secara terus membuat kita lebih cepat merasa kenyang dan akhirnya mengambil makanan dalam jumlah yang lebih sedikit.


Semoga tips diatas dapat membantu anda bagi mengurangi kuantiti pengambilan makan secara berlebihan, yang mana pastinya akan menganggu diet seharian anda. 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.