MAIN MENU

Footer Pages

12 Nov 2012

TEMU BUAL MAT KILAU SECARA EKSKLUSIF

 Mat Kelantan (bercermin mata) memegang Mat Kilau bagi mengenal pasti pahlawan itu sewaktu pertemuan semula mereka di Pusat Latihan Pertanian, Paya Besar, Kuantan pada 6 Februari 1970.

AKHBAR Utusan Melayu dan Utusan Malaysia merupakan akhbar pertama di negara ini yang menemui Mat Kilau untuk mendapatkan temu bual secara eksklusif dengannya selepas kemunculan semula pahlawan Melayu itu.

Wawancara eksklusif yang disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 29 Disember 1969 itu bertajuk Sah: Pahlawan Mat Kilau maseh hidup hasil laporan Nordin Mohammad dan Haji Alang Ahmad.

Dalam wawancara itu, Mat Kilau memberitahu, beliau menukarkan namanya kepada Mat Siam kerana dititahkan oleh Almarhum Sultan Abdullah apabila baginda menitahkannya berpindah dari Kampung Tanjung Medang, Pekan ke Kampung Batu Lima, Jalan Maran-Kuantan sekitar 1927.

Beliau yang membahasakan dirinya sebagai Aki memberitahu, baginda bertitah demikian kerana bimbang orang-orang Inggeris yang masih berkuasa di Pahang ketika itu mengetahui dirinya masih hidup.Dalam pada itu, beliau turut menyingkap semula kisah-kisah hidup dan perjuangannya suatu ketika dahulu.Menurutnya, dalam peperangan Kuala Lipis-Budu, beliau telah membunuh sepasukan tentera upahan Inggeris terdiri daripada orang-orang Sikh di Kuala Tembeling.

"Perang itu sangat dahsyat. Aki terpaksa menghadapi hujan peluru yang ditembak oleh tentera tersebut," katanya sambil memberitahu bahawa beliau menggunakan sundang dan beberapa senjata lain dalam perang tersebut.

Ditanya mengapa meninggalkan Pahang setelah berpecah dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau terdiam seketika sebelum memberitahu beliau sebenarnya telah dihalau oleh pentadbir British, Sir Hugh Clifford. Clifford katanya bertindak biadab dengan menyifatkan dirinya sebagai 'babi lemak'."Sejak itulah Aki merantau dari kampung ke kampung. Akhirnya Aki sampai di Kampung Panar dan Kampung Jambu di Pattani, Siam. Di situ Aki menjadi guru silat," katanya. - Sumber Utusan Malyasia

 Klik Ikuti  : Gambar dan Biodata Mat Kilau

AAP - Mungkin banyak rahsia tetap rahsia dan masih belum terbongkar... Alfatihah pada pejuang bangsa yang tidak ada tolok bandinganya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.