Kod HTML Script No Copy Paste

UPDATE ENTRI TERKINI :

14 Jul 2011

GAMBAR DAN BIODATA MAT KILAU

Gambar ini difahamkan telah dirakam di Masjid Lama Kampung Pulau Tawar Jerantut, ketika beliau telah muncul kembali dan mengistiharkan dirinya adalah Mat Kilau pada 26 Disember 1969 iaitu selepas solat Jumaat, diantara kisah yang dapat dikaitan dengan gambar ini beliau menunjukkan kesan atau bekas tembakan didadanya dan menceritakan seribu satu kisah pengalaman hidupnya yang telah dilalui oleh beliau. Usianya di ketika itu 122 tahun.

Sumber dan Info dibawah ini daripada :  http://pdtjerantut.pahang.gov.my/
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah . Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau @ Tok Gajah . Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut , Pahang . Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Botok yang dikenali juga sebagai AL-Allamah Haji Botok bin Osman sebelum dia berpindah dari Kelantan sebagai Mufti Negeri Pahang.sila rujuk buku Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Tanah Melayu, terbitan Majlis Agama Islam dan Adai Istiadat Melayu Negeri Kelantan Jilid 2, bab Ulama Kelantan yang masyhur di luar kelantan. sebelum berhijrah ke Pahang Hj Botok yang merupakan Pawang Di Raja Kelantan telah berselisih faham dengan Raja Kelantan yang menjadi sebab beliau berpindah ke Pulai Tawar,Pahang. Hj Botok mempunyai dua lagi saudara di kampung Berangan Tumpat,yang bernama Mat Diah bin Osman (tok chik mat diah)dan Merah bin Osman (tok chik hj merah).Hj Botok aliran Pencak Silat Gagungman 9 Purba Sakti merupakan murid kepada ulama Patani yang mashur sebagai Tok Bendang Daya Tua. nama sebenar Tok Botok ialah Botok bin Raja Osman B Raja Ali Legeh Patani. datuk Hj Botok adalah imigran perang Siam-Melayu Patani yang merupakan kerabat di Raja Legeh Patani yang terpaksa berhijrah ke KELANTAN akibat di langgar Siam.

2. SEJARAH PERJUANGAN


Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
3. BURUAN BRITISH
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura . The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau. Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
4. KELUAR DARI PERSEMBUNYIAN
Dalam bulan Disember 1969 ,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar Jerantut . Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970 , Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Sumber - http://pdtjerantut.pahang.gov.my/

 Keturunan Tok Sharom/Tok Wan Siti Hajar (Tok Dinar)
Hadir tanpa di julang pergi tanpa dikenang. Kerana bukan nama yang dicari. Namun jasa dan pengorbanan beliau tetap abadi menjadi sanjungan. Al-Fatihah buat Allahyarham Mat Kilau bin Iman Rasu dan sama-sama kita sedekahkan Al fatihah untuk Pahlawan Mat Kilau.

Wassalam, Wa'allahhualam. :
 

18 ulasan:

  1. tercari2 kisah Mat Kilau, akhirnya jumpa di sini. Tima kasih banyok ler rodong weh.

    BalasPadam
  2. @ AzMask - Terima kasih mmg suka berkongsi sedikit pengetahuan dengan anda semua TQ.

    BalasPadam
  3. perjuangan orang dulu mana nak sama matlamatnya
    sekarang lebih kepada kepentingan diri sendiri
    senarai pejuang yang dulu menjaga kepentingan bangsa agama dan negara
    tp ada jugak yang nak samakan perjuangan mereka dengan perjuangan orang sekarang.

    BalasPadam
  4. salam Yassin..
    terima kasih berkongsi
    koleksi sejarah negeri
    Pahang nih..molek amat
    aok buat segmen cenggini

    BalasPadam
  5. Mat Kilau masih hidup!
    Semangatnya.
    Semangatnya dilencongkan.

    BalasPadam
  6. Sallam E Yassin,

    Al-fatihah buat Allahyarham Mat Kilau, walaupun beliau telah tiada, semangatnya tetap ada, teruskan perjuangannya demi Agama dan Bangsa.

    BalasPadam
  7. novel Sumpah Mat Kilau saya baca semasa bersekolah di pulau tawar, sangat terkesan. ruh dan semangat juangnya memang dapat dirasai. semoga Allah membalas jasa2 beliau dengan balasan yang terbaik

    BalasPadam
  8. Assalam..

    Satu perkongsian yg baik terutama pada generasi yg akan dtg utk mengenang sejarah perjuangan pahlawan melayu..

    p/s - harap pewarisnya juga meneruskan perjuangan sebagai seorang pejuang kepada bangsa , agama & negara.

    BalasPadam
  9. best bce pasal pahlawan pahang ni .. :)

    BalasPadam
  10. betul cerita tu...kalau cari byk lagi kisah menarik te :)

    al fatihah kepada guru kepada tok guru kome ni...amin

    BalasPadam
  11. Pahlawan yg sukar dicari ganti..
    Tinggi ilmunya...

    Arwah ayah koi pun suka dikir maulud..

    BalasPadam
  12. Al-Fatihah buat moyang Mat Kilau

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah, sempat kawan menjenguk ke makam beliau masa lalu di Kg. Kedondong, baru2 ni...

    BalasPadam
  14. KAMI RASA SANGAT BERTUAH DAN BERUNTUNG KERANA KAMI MENJUMPAI BLOG INI SETELAH KAMI BERTUNGKUS LUMUS MENCARI MAKLUMAT UNTUK MENYIAPKAN ASSIGNMENT KENEGARAAN (SKP) .. SYUKUR ALHAMDULILLAH .. THANZ BLOGGER - AKU ANAK PAHANG - !!!! :)

    BalasPadam
  15. alfatihah buat Mat Kilau..al fatihah buat moyang saudara tok botok dan tok merah..al fatihah buat moyang tok cik mat diah,,,,

    BalasPadam
  16. Saya Bangga Jdi cicit mat kilau, walaupown xsmpt na berjumpa moyang saya (mat kilau)

    BalasPadam
  17. Guru ku wan alam murid kepada mat kilau dan pemegang kitab asli mat kilau aruah sangat2 dihormati dikedah nak tahu lebeh lanjut hubungi saya di rahimtaihong&gmail.com

    BalasPadam

PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :