MAIN MENU

Footer Pages

19 Nov 2012

Nokia 1100 Handphone Paling Dicari Kerana Kehebatanya.


Telefon bimbit atau biasa sebut HP bukan barang asing lagi ketika ini. Daripada dari kecanggihan ciri sampai dengan kemudahan teknologi canggih membuat harganya pun kian bersaing. Namun tahukah anda di Jerman dan Belanda salah satu telefon bimbit milik Nokia pengeluaran tahun 2003 iaitu Nokia siri 1100 sangat dicari dan dibeli dengan harga tinggi.

Memang bila didengar agak mustahil, dengan teknologi yang ketika itu hanya menggunakan skrin monochrome dan nada dering monophonic, bagaimana mungkin harganya boleh tinggi? Begini alasannya.

Konon salah satu handphone siri Nokia 1100 ini memang dicari oleh para pelaku kejahatan. Alasannya handphone tersebut mampu di pengubahsuaian sedemikian rupa sehingga memungkinkan kejahatan transaksi elektronik lebih mudah dilakukan dengan menggunakan handphone pengeluaran Finland tersebut.

Dengan alasan tersebut, maka tidak hairanlah jika handphone ini di pasaran kehabisan yang dulu hanya berharga ratusan ribu ringgit.

Sementara itu sumber pihak polis menyatakan bahawa dengan handphone siri Nokia 1100 ini para pelaku kejahatan mampu mendapatkan ribuan username lengkap dan password dari beberapa akaun Bank online di Jerman dan Belanda. Caranya adalah SMS transaksi online yang dilakukan seseorang biasanya mengandungi kod rahsia. Pastinya, kod rahsia inilah hanya mampu diperolehi dengan handphone nokia 1100.

Jika username dan password sudah ditangan pelaku penjahatan, maka dengan mudahnya mereka memperdayakan wang mangsanya. Sementara pihak pengeluar handphone tersebut yakni Nokia menyatakan tidak semua Nokia 1100 boleh melakukan perkara tersebut. Dari 200 juta unit yang telah terjual di seluruh dunia hanya yang dihasilkan di Jerman sahaja yang mampu melakukan perkara tersebut.

AAP- Moralnya kalau anda ada memilik handset ini jangan dijual dahulu. Kerana mungkin harganya kelak mungkin boleh mencecah melebihi ribuan ringgit :) akuanakpahang
Sumber asal  : Jadiberita.com | Olahan Semula akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.