Lumrah kehidupan, hidup pasti kena berhutang bak kata orang "tak berhutang tak dapat" nak, tak nak kena berhutang juga. Namun sebaiknya beragak-agak juga kalau kita nak berhutang.
Jangan sampai membebani diri sendiri dan keluarga. Sekiranya anda memilik salah satu tanda-tanda berikut, anda berkemungkinan sedang dan telah mengalami masalah kewangan dan masalah bebanan hutang yang agak serius.
Jangan sampai membebani diri sendiri dan keluarga. Sekiranya anda memilik salah satu tanda-tanda berikut, anda berkemungkinan sedang dan telah mengalami masalah kewangan dan masalah bebanan hutang yang agak serius.
Perhatikan & renungkan fakta-fakta berikut:
● Kredit kad anda mempunyai baki yang tidak berbayar.
● Mula membayar kad kredit dengan kadar minima sehingga beberapa bulan.
● Mula tidak membayar bil-bil bulanan mengikut masa yang ditetapkan. ( Bil Air, Bil Elektrik Bil Telepon dan sebagainya)
● Menggunakan kad kredit untuk melakukan Pendahuluan tunai (cash advances)
● Penggunaan Kad kredit yang maksimum.
● Memerlukan konsolidasi pinjaman.
● Menggunakan kad kredit untuk memenuhi perbelanjaan harian seperti makanan dan petrol.
● Meminjam wang dari kawan dan keluarga.
● Tidak menyimpan atau melabur walaupun sedikit secara berkala dalam instrumen-instrumen kewangan yang sah.
● Mempunyai masalah dalam menguruskan wang secara baik dan berkesan.
● Mempunyai masalah dengan pembayaran hutang-piutang.
● Membuat pengeluaran tunai dari kad kredit untuk membayar hutang kad kredit lain atau menapung perbelanjaan harian anda.
● Tidak mempunyai simpanan atau insurans untuk menampung keperluan semasa sekiranya berlaku kecemasan.
● Jika anda sering mendapat panggilan daripada pemberi hutang ( biasanya dari bank ah long ke...)
● Jika anda telah diberi notis untuk tindakan undang-undang (kes bahaya)
Sekiranya anda melihat akan tanda-tanda ini berlaku, maka anda perlu duduk bersama kalkulator anda dan mula mengira semula semua perbelanjaan anda dan cuba untuk membetulkan keadaan serta muhasabah diri sendiri. Semoga kita tidak terus-terusan menjadi hamba pada kewangan kita sendiri.
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:
“Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu”
AAP - Sebaiknya buatlah sifat memadai menerima apa yang ada diatas kemampuan kita. Paling penting juga hidup biarlah bersederhana. Fakta asal kredit : bijakuruswang.blogspot.com. Olahan artikel semula drp akuanakpahang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.