Perkongsian, Informasi & Maklumat : akuanakpahang.blogspot.com.

INFORMASI BERITA PENGETAHUAN SEJARAH TOKOH PAHLAWAN AGAMA POLITIK ADAT RESAM & KEBUDAYAAN

Kesan Buruk Daripada Perbuatan Zina Yang Wajib Kita Ketahui

ZINA merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat a...

ZINA merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina. Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya.

Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah :
1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal
.
8- Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.
 
9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.

11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.

12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.

16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.

17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.

18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.

19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.

20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.

21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.

Hukuman Zina 
Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata: “Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu: Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.

Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina. Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya.

Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.

Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikan umat.

Beberapa Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan
1- Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali.

2- Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.

3- Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.

4- Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.

5- Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.

6- Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.

7- Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.

8- Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.

9- Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.

Bertaubat 
Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.

Allah berfirman, mafhumnya: 
“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;” (Al-Furqaan 25:68) “Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,” (Al-Furqaan 25:69)
“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Furqaan 25:70)

Dipetik dari: Risalah Daarul Wathan judul Min mafasid az-zina, karya Muhammad bin Ibrahim al Hamd. Sumber

AAP - Entri sekadar perkongsian semoga menjadi pedoman dan panduan bersama.
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

COMMENTS

BLOGGER: 2
Loading...

KOMENTAR

Ruangan komentar mungkin tidak dapat berfungsi dengan sempurna adalah disebabkan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Google. Sebarang pertanyaan dan maklum balas. Sila hubungi Admin. Terima kasih.
Nama

'JERANTUT MALAY VILLAGE' KUALA TEMBELING 1881,1,000,1,1 SEN QUEEN VICTORIA STRAITS SETTLEMENTS,1,10 PERKARA HAK PERLU DITUNTUT SELEPAS KEMATIAN WARIS,1,10 SEN,1,10 SEN 1971,1,20 SEN DAN 50 SEN,1,5 RAHSIA MENGENALI WANITA YANG MASIH DARA,1,5 SEN,1,50 SEN SE ME,1,ADAT RESAM,2,ADUHAI BANGSA ADUHAI MELAYU,1,ADUHAI BANGSA KU,1,AGAMA,14,AHMAD BIN KOTOT,1,air terjun,1,AIR TERJUN DI ULU SALAN JERANTUT BAKAL MUSNAH?,1,AIR TERJUN RIMAU BERJEMUR ROMPIN,1,aki jabuk,1,alam mistik,2,ALFATIHAH SAHABAT,1,ALLAH MUHAMMAD BERSADUR EMAS,1,ANCAK,1,ANDAI JIWA SUDAH TERASA,1,ANUGERAH GELARAN DATO PALSU PAHANG,1,APA KEPERLUAN REPLIKA BATU 0 KUALA LIPIS?,1,apam balik jerantut. daud apam balik,1,ASAL NAMA GUA KOTA GELANGGI,1,ASAL NAMA KERAMBIT,1,ASAL USUL KAMPUNG PULAU TAWAR JERANTUT,1,ASAL USUL NAMA KAMPUNG BUDU,1,ASAL USUL NAMA KAMPUNG JANDA BAIK,1,ASAM RONG,1,BACAAN TALKIN INSAFI DIRI KITA SENDIRI,1,BAHAYA TIDUR DIDALAM KENDERAAN,1,BAIT BAIT KATA KEHIDUPAN,1,Bandar Jerantut,3,BANDAR LAMA JERANTUT,3,BANGUNAN BALAI POLIS LAMA RAUB 1906,1,BATU 0 KM 0 KUANTAN,1,BATU 0 KUALA LIPIS PAHANG,1,BATU LABRADOR,1,BATU MANI GAJAH,1,BATU TANDA MAT KILAU,1,BATU TANDA SELAMAT DATANG KE JERANTUT,1,BAYAR ZAKAT FITRAH PAHANG ONLINE,1,BAZAR KARAT,1,BELIMBING BULUH,1,benta,2,BENTONG,1,Bergambar,1,BERITA,2,BERITA BEKAS DUN TAHAN MENINGGAL WAN AMIZAN WAN ABDUL RAZAK,1,Berita Semasa,1,BESI KERIS TULANG MAWAS,1,Bicara agama,15,BICARA HATI,1,BIODATA TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH PAHANG,1,BLOG,1,Blog aku anak pahang,1,BLOG PALING POPULAR PALING CANTIK DAN RAMAI PENGIKUT,1,BOIKOT DURIAN TIMBANG,1,BOMOH PAHANG,1,BUAH KEJIJOK BUAH KEJIJAK,1,BUAH KERDAS,1,BUAH LEMBA,1,BUAH MENCUPU,1,BUAH PERAH JERING REBUS KELAPA,1,BUAH-BUAHAN,1,BUKIT BONGKOK ULU CHEKA JERANTUT,1,BUKIT ISTANA JERANTUT,2,BUKIT MERAH PADANG PIOL JERANTUT PAHANG,1,BUKIT RONG SUNGAI SALAN PULAU TAWAR JERANTUT,1,BUKIT SELADANG JERANTUT PAHANG,1,BULUH LEMANG,1,bunga keladan,1,BUNGA SAKURA MALAYSIA,1,BURUNG PEKAKA HUTAN,1,BUYA HAMKA KOLEKSI KATA-KATA HIKMAH DAN MENARIK BUYA HAMKA,1,CAMERON HIGHLANDS SESAK TERUK DI MUSIM PERCUTIAN SEKOLAH,1,CAPING,1,CAR BOOT SALE,1,cara amalan membunuh binatang,1,CARA ATAU TEKNIK MUDAH HILANG RASA SAKIT KEPALA,1,CARA MEMBUAT BELIMBING REBUS SAMBAL HITAM,1,CARA MEMBUAT TEMPOYAK PAHANG,1,CARA PEMAKAIAN KAIN BATIK DIDALAM MAKSUD DAN ADAB,1,Cerita Lawak,1,CERPEN,7,Cerpen Cerita Lawak,2,CHENOR,1,CINCIN,2,CINCIN PERAK SILVER,1,citer setan,1,COIN BISMILLAH,1,Coin Syiling,1,Cuci syiling,1,CUTI UMUM 30 JULAI HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG,1,DATO’ HAJI SIDEK B. HAJI ARIFFIN,1,DEDAUNAN KERING,1,DEFINISI MAKSUD PENGERTIAN NUMISMATIK,1,DESA KU,1,DEWAN MAJLIS DAERAH & DEWAN BANQUET MAJLIS DAERAH JERANTUT,1,DUIT ALAM BUNIAN ALAM MISTIK,1,DUNIA SEKADAR PERHIASAN,1,EMPANG JEPUN,1,ERTI SEBUAH KEMERDEKAAN,1,ETAK,1,ETOK,1,Facebook,1,FALSAFAH,1,FELDA GUGUSAN JENGKA PAHANG,1,FENOMENA BURUNG HIJRAH KAMPUNG GINTONG,1,FERI JERANTUT,1,FESTIVAL BETTER BEER 2017,1,FOTO RASMI YANG DIPERTUAN AGONG (PERTABALAN) SULTAN PAHANG,1,GAJAH LIAR,1,GALERI WARISAN PAWANG NONG ULU CHEKA,1,gambang,1,GAMBAR 10 MASJID TERCANTIK DIDUNIA,1,GAMBAR JERANTUT SUATU KETIKA DAHULU,1,GAMBAR KLASIK,1,GAMBAR KLASIK BANDAR JERANTUT SEBELUM DAN SELEPAS,1,GAMBAR KLASIK BANDAR LAMA JERANTUT,1,Gambar Klasik Pahang,5,GAMBAR KLASIK PAPAN TANDA KAWASAN KEMALANGAN GAMBAR TENGKORAK,1,GAMBAR LAMA JERANTUT 1979,1,GAMBAR SULTAN NEGERI DAN KEPULAUAN MELAYU TERAWAL,1,GANJARAN DAN KELEBIHAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH,1,GELARAN SUSUNAN KETURUNAN KELUARGA MELAYU PAHANG,1,GUGUSAN FELDA KOTA GELANGGI JERANTUT,1,GULA KABUNG PAHANG,1,GUNUNG SENYUM,1,HALWA BELIMBING BULUH,1,hantu,2,HARGA DUIT SYILING MALAYSIA PARLIMEN DAN BUNGA RAYA 1 SEN,1,HARI HOL NEGERI PAHANG,1,HARI KEMERDEKAAN TANGGAL 31HB OGOS 1957,1,HARI TANPA KENDERAAN DI BANDAR KUANTAN,1,HATI TRLUKA TERASA HATI,1,HIKAYAT HANG TUAH,1,HINA SULTAN PAHANG DAN YANG DIPERTUAN AGONG,1,HUKUM PAKAI CINCIN JARI TENGAH,1,HUKUM PEREMPUAN TIDAK MENUTUP AURAT DAN MENDEDAHKAN AURAT,1,HUKUMAN SEBAT LGBT PAHANG,1,IKAN BUNTAL SUNGAI PAHANG,1,IKAN STURGEON,1,INFO 1 SEN KERIS BERSILANG 1962 MALAYA BRITISH BORNEO,1,INFO BUAH KEREKOK,1,INFO DAN FAKTA MENARIK BEG TANGAN HERMER BIRKIN,1,INFO DAN GAMBAR KLASIK CAMERON HIGHLANDS,1,INFO KHASIAT POKOK LELETOP KELAMBU UNTUK KESIHATAN,1,INFO PITIS KESULTANAN PALEMBANG,1,INFO POKOK BAYAS RESEPI KERABU UMBUT BAYAS,1,INFO SEJARAH ASAL USUL DURIAN MUSANG KING,1,INFO SYILING SULTAN BRUNEI SATU SEN 1304,1,INFOMASI,2,INFORMASI,309,INFORMASI KUALA TEMBELING JERANTUT 1911,1,INFORMASI BANJIR DI PEKAN BENTA 1971,1,INFORMASI JAMBATAN JERANTUT FERI 1978 DAN JERANTUT FERI 1949,1,INFORMASI MATAWANG MALAYSIA,1,Insan,1,ISTANA SRI TEMBELING,1,ISTILAH BAHASA HARI INI ESOK LUSA TULAT TUBIN,1,JADUAL DAN TARIKH BAYARAN PENCEN 2018,1,JALAN ROSAK,1,jalan-jalan carik apam,1,JATA NEGERI PAHANG,1,JELAI,1,JENIS-JENIS HANTU DAN NAMA-NAMA HANTU,1,Jerantut,6,JERANTUT ANTARA DAERAH MEMPUNYAI KUALITI UDARA PALING BERSIH DI MALAYSIA,1,JERANTUT BATU TANDA 0 KM O BANDAR LAMA JERANTUT,1,JERANTUT DARIPADA UDARA,1,JERANTUT KAMPUNG KAS,1,JETI KUALA TEMBELING JERANTUT,1,Jiwa Kosong,1,JOGET TARI LENGGANG @ JOGET PAHANG,1,JOM BERLAJAR BAHASA JEPUN,1,KADAR BAYARAN SAMAN DAN KOMPAUN KESALAHAN SAMAN,1,KAJI SELIDIK PERUBAHAN CUTI UMUM (JUMAAT-SABTU) NEGERI PAHANG 2019 KAJIAN TINJAUAN,1,KALAM HIKMAH MUHASABAH DIRI,1,KAMPUNG BARU SUNGAI JAN JERANTUT,1,KAMPUNG JERANTUT FERI,1,KAMPUNG LABU TEMEBELING,1,KAMPUNG PERLOK ULU CHEKA,1,kampung Pulau Tawar,1,Kampung Serambi Pekan,2,Kamus dan istilah kata Pahang,1,Kanpung Bantal,1,KAWASAN LARANGAN MEROKOK DI PREMIS MAKANAN DENDA RM 10,1,KEBAIKAN DAN KHASIAT DAUN ULAM PEGAGA,1,KELADI KEMAHANG,1,KELAM REBAHNYA MALAM,1,KEMALANGAN DIBUKIT ATAP TEMBELING JERANTUT.,1,KEMARAU KAMPUNG PESAGI,1,KEMATIAN,1,KEMERDEKAAN,1,KEMERIAHAN MASJID TEMERLOH JAYA,1,KEMUSNAHAN ALAM,1,KENAPA ANDA INGIN MEMBELI MESIN METAL DETECTOR?,1,KENAPA PAHLAWAN MAT KILAU BERPURA-PURA MATI?,1,KENDERAAN MILIK AL SULTAN ABU BAKAR,1,KERIS DAN TANJAK,1,KERUH,1,KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA RAJA BERPERLEMBAGAAN,1,KESULTANAN SULU,1,Ketika Senja,1,KEUNIKAN DAN KEENAKAN GULAI ASAM ROM JERANTUT,1,KG BANTAL ULU TEMBELING,1,KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH PETAI,1,KINCIR AIR RAUB PAHANG,1,KISAH HANG TUAH DAN TUN TEJA RATNA BENGGALA PAHANG,1,KOLEKSI GAMBAR PAHLAWAN PAHANG,1,KOMUNIS BINTANG TIGA,1,KRISIS AIR JERANTUT 2014,1,KUALA LIPIS,1,KUALA LIPIS BANDAR BERSEJARAH,1,KUALA LIPIS PAHANG,1,KUALA TAHAN,2,kubu jerantut,1,KUBUR TENTERA BRITISH PASIR TAMBANG KUALA TEMBELING JERANTUT,1,LABRADORITE,1,LAMAN MAT KILAU JERANTUT,1,LANTIKAN DATUK SERI WAN ROSDY WAN ISMAIL MENTERI BESAR PAHANG 2018,1,LARANGAN KUTIP ETAK,1,lata,1,LATA BEREMBUN ULU RENGAT ULU CHEKA JERANTUT,1,lata jarum,1,LATA JARUM PULAU CHEKAS,1,lata jerantut,1,lata meraung,2,LATA MERAUNG JERANTUT KIAN MERAUNG,1,lebuh raya pantai timur,1,LEBUHRAYA KARAK,1,LEKAT TULANG,1,LELAKI DITAHAN JUAL SYILING POTRET SULTAN PAHANG,1,LELAKI TEMBAK ISTERI SELEPAS BERTENGKAR,1,Loghat Kelantan,1,Loghat Pahang,7,LPT,1,LUBUK PELANG JERANTUT,1,Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan,1,MAKANAN TRADISIONAL RASMI POPULAR NEGERI PAHANG,1,MAKSUD DAN PENGERTIAN LGBT,1,MAKSUD DISEBALIK WARNA BAJU BANDUAN MALAYSIA,1,MASJID KAMPUNG BAHARU JERANTUT,1,MASJID LAMA JERANTUT,1,Masjid Ulu Cheka,1,Mat kilau,3,MATA BELIUNG,1,Mata Wang,2,Matawang,8,MATAWANG INGOT PAHANG,2,MATAWANG NUMISMATIK,21,MATAWANG PANDUAN GRED-GRED SYILING,1,MATAWANG TAMPANG PAHANG,1,MAWAS,2,MELUKIS MURAL JERANTUT,1,MEMAKAI CINCIN,1,MEMILIH PEMIMPIN ISLAM,1,MERCU TANDA SELAMAT DATANG KE BANDAR UTAMA PAHANG,1,MINYAK CENUAI,1,MISTERI DAN SIAPA SEBENAR MAT KILAU ?,1,MISTERI GUA KOTA GELANGGI JERANTUT,1,MISTIK,2,MUTIARA KATA,1,MUTIARA KATA KEHIDUPAN,1,NABI MUHAMMAD SAW,1,NEGERI PAHANG,1,ONLINE,1,OTAI JERANTUT,1,Pahang,1,PAHANG BANTAH CUTI HARI JUMAAT,1,PAHANG CUTI PERISTIWA 31.01.2019,1,PAHANG TETAP TERUS LAKSANA OPERASI CEGAH MAKSIAT,1,PAHLAWAN,2,Pahlawan Pahang,3,Pak pacak,1,PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH JERANTUT PAHANG,1,PANTUN LAMA ORANG MELAYU,1,PAPAN TANDA TULISAN JAWI DI PAHANG,1,PARAS SUNGAI TEMBELING SURUT LUAR BIASA,1,Parti Komunis Malaya,1,PASAR KARAT JERANTUT,1,pasukan polis hutan,1,Patah Mengkarung,1,Pawang DIRAJA Pahlawan Pahang,1,pawang nong,4,PAWANG TERSOHOR PAHANG,1,Pawng haji Mohamed,1,PAYA GUNUNG JERANTUT,1,PEJABAT POS JERANTUT 1960AN,1,PEJABAT POS JERANTUT DAHULU DAN SEKARANG,1,PEKAN KUALA TEMBELING JERANTUT PAHANG,1,PEKAN SEHARI JERANTUT,1,PEKAN SEHARI TEMERLOH,1,PELANCONGAN,1,PELANTIKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AIR PAHANG BERHAD,1,PEMBALAKAN PAHANG,4,PEMBALAKAN PUNCA KEMUSNAHAN AIR TERJUN LATA MERAUNG JERANTUT,1,PENCEN PENYATA,1,PENIPUAN SMS URUS NIAGA KAD KREDIT,1,PENSTRUKTURAN SEMULA PAIP PAHANG,1,PERASMIAN DAN PEMBUKAAN HOSPITAL JERANTUT,1,PERASMIAN JAMBATAN SULTAN ABU BAKAR PEKAN PAHANG,1,PERBANKAN,1,PERIBAHASA,1,PERIBAHASA AYAM,1,PERINTAH KAWALAN PEGERAKAN COVID19,1,PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN,1,PERMOTORAN,1,PERTABALAN SULTAN ABU BAKAR RIAYATUDDIN AL-MUAZZAM SHAH,1,PERUBAHAN WAKTU SOLAT SUBUH SELURUH NEGERI PAHANG,1,PERUMAHAN AWAM,1,PETUA,1,PETUA MELEMBUTKAN DAGING,1,Petua tahan lama,1,PIANGGANG GEPI GEGEPI,1,PINTU GATE KERETAPI BANDAR JERANTUT,1,PITIS PAHANG KETUN PAHANG,1,POHON SA'ADAN,1,POKOK BUAH TAJAM LEBAT,1,POKOK DAN BUAH KASAI,1,POKOK LANGSUIR,1,POKOK TASBIH,1,POTRET JERANTUT GAMBAR KLASIK GAMBAR BARU DAN LAMA,1,PTPTN CCRIS,1,Puisi,34,PUISI BELENTARA PADANG TANDUS,1,PUISI HUJAN PAGI,1,PUISI PRU,1,PUISI TARBIAH DIRI ERTI SEBUAH KEHIDUPAN,1,PUKAU,1,RAMALAN TAHI LALAT,1,Resah Jiwa,1,RESEPI MASAKAN,1,RESEPI NASI KEBULI PAHANG,1,REUNION SKBJ,3,rokok e-elektronik,1,RUMAH LAKOR RUMAH LAKO,1,RUMAH PENGHULU MUKIM KELOLA HAJI ISMAIL KHATIB BAKAR,1,SCAMMER KENA TIPU DENGAN SCAMMER?,1,SEJARAH,2,SEJARAH DAN ASAL USUL NAMA BUKIT BETONG KUALA LIPIS.,1,SEJARAH DAN SENARAI TAHUN PEMERINTAHAN KESULTANAN NEGERI PAHANG,1,SEJARAH GAMBAR PENDATANG CHINA DI KUARATIN BRITISH DI MALAYA,1,SEJARAH KESULTANAN MELAYU PAHANG,1,SEJARAH KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAN PEMASYHURAN JERANTUT SEBAGAI SEBUAH DAERAH DI PAHANG,1,SEJARAH NEGERI PAHANG,1,SEJARAH ORANG MELAYU PAHANG DAN ASAL USULNYA,1,Sejarah Pahlawan,2,SEJARAH PERKEMBANGAN BANDAR JERANTUT,1,Sekitar Jerantut,1,sekolah,1,SEKOLAH CINA SUNGAI JAN JERANTUT,1,SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR JERANTUT,1,SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERANTUT,1,Seloka,4,SEMPURNAKAH SOLAT KITA,1,SENARAI BANDAR DI PAHANG MENGIKUT BILANGAN PENDUDUK,1,SENARAI HARGA IKAN SUNGAI PAHANG,1,SENARAI HARGA SYILING 50 SEN PARLIMEN 1967 - 1988 SIRI 1,1,SENARAI KEY DATE SYILING | TOP 3 SYILING TERMAHAL MALAYSIA,1,SENARAI LENGKAP 10 SEN QUEEN VICTORIA STRAITS SETTLEMENTS MALAYA,1,SENARAI LENGKAP 20 SEN QUEEN VICTORIA STRAITS SETTLEMENTS MALAYA,1,SENARAI LENGKAP 5 SEN QUEEN VICTORIA STRAITS SETTLEMENTS MALAYA,1,SENARAI MENTERI BESAR PAHANG,1,SENARAI PENUH CALON BN PAHANG PARLIMEN DAN DUN PRU 14 2018,1,SENARAI PENUH CALON PAS PAHANG PARLIMEN DAN DUN PRU 14 2018,1,SENARAI TAHUN,1,SERANGGA,2,SETEM KHAS DAN SAMPUL SURAT HARI PERTAMA YANG DIPERTUAN AGONG XVI,1,SIRI SYILING KING GEORGE V STRAITS SETTMENTS MALAYA,1,SKBJ JERANTUT,1,SOLAT JENAZAH,1,SOLAT SUNAT TAHAJJUD,1,SOLAT TIANG AGAMA JENIS SOLAT SUNAT.,1,STATUS GELOMBANG HABA,1,STESEN KERETAPI JERANTUT,2,Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah,1,SULTAN PAHANG BERSAMA GELARAN,1,SUNGAI PAHANG,2,SURAT PERAKUAN KEMATIAN TOK GURU PERAMU DATUK BAHAMAN 1977,1,SUSAHNYA MEMOHON TANAH DI PAHANG,1,syaitan,2,SYILING 20 SEN QUEEN ELIZABERTH II MALAYA BRITISH BORNEO,1,SYILING 50 SEN QUEEN ELIZABERTH II MALAYA BRITISH BORNEO,1,SYILING MALAYSIA GC,1,SYILING PERINGATAN KHAS PERTABALAN AGONG KE 16 AL SULTAN ABDULLAH,1,SYILING QUEEN VICTORIA 50 SEN STRAITS SETTLMENTS,1,TACOMA,1,TAMAN HATI,1,TAMAN NEGARA JERANTUT PAHANG,1,TANJONG BESAR,2,tanjung besar,1,TAPAK TANGAN,1,TASIK ANGSANA HEIGHTS,1,TASIK CHINI PAHANG,4,TASIK HIJAU KAMPUNG BESUL JERANTUT,1,Tasik Taman Mawar Jerantut,1,TEKOMA,1,TELEFILEM MADU TV OKEY 146,1,TEMPAT MENARIK PAHANG,1,TENGKU ABDULLAH,1,TEORI RAHMAN,1,TERCEMAR,1,Tg besar Benta.,1,TIADA CUTI UMUM SEMPENA HARI PEMASYHURAN SULTAN PAHANG KE ENAM,1,TIPS,2,TIPS BLOGGER,1,TIPS KETENANGAN HATI DALAM KEHIDUPAN,1,TOKOH,2,TOKOH PAHLAWAN,1,TOKOH SEJARAH,1,TRAGEDI BERDARAH KAMPUNG BUDU DI BULAN RAMADHAN / MEI 1892,1,TRANSAKSI,1,TUAI PADI,1,TUN TEJA PAHANG,1,ukk,1,ULAR SAWA,1,ULU CHEKA Jerantut,1,VIEW GAMBAR DRONE JERANTUT,1,WANG KERTAS SIRI PERTAMA MALAYSIA,1,WANG PERINGATAN MALAYSIA ULANG TAHUN KE 60 PERJANJIAN KEMERDEKAAN,1,WANG ROSAK KOYAK BOLEH TUKAR KE BANK NEGARA,1,WASPADA DENGAN TAKTIK SCAMMER DI MEDIA SOSIAL,1,WATERMARK TERA AIR,1,WAYANG PACAK,1,ZAKAT,1,ZAKAT HARTA RIKAZ HARTA GALIAN TEMUAN EMAS,1,
ltr
item
AKU ANAK PAHANG: Kesan Buruk Daripada Perbuatan Zina Yang Wajib Kita Ketahui
Kesan Buruk Daripada Perbuatan Zina Yang Wajib Kita Ketahui
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6bttK0S2GdJlk0vykSGrvmRqTpbay4tmAdEOQrtHRIwb65yDXn39gYeRbS9yevSEKJqiSyqmZ_PpiMVIgIdfLmLO6JFSp3mRYrMktlr9ghFAPz1jclre04bW3bt6Q_DmTah-WvZzNXl0/s200/stop-zina.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6bttK0S2GdJlk0vykSGrvmRqTpbay4tmAdEOQrtHRIwb65yDXn39gYeRbS9yevSEKJqiSyqmZ_PpiMVIgIdfLmLO6JFSp3mRYrMktlr9ghFAPz1jclre04bW3bt6Q_DmTah-WvZzNXl0/s72-c/stop-zina.jpg
AKU ANAK PAHANG
https://akuanakpahang.blogspot.com/2012/10/kesan-buruk-daripada-perbuatan-zina.html?m=0
https://akuanakpahang.blogspot.com/?m=0
https://akuanakpahang.blogspot.com/
https://akuanakpahang.blogspot.com/2012/10/kesan-buruk-daripada-perbuatan-zina.html
true
8223854750831391477
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca Lagi Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy