MAIN MENU

Footer Pages

15 Okt 2012

Gambar Perkahwinan : Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazzam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah

Gambar perkahwinan Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah adalah Sultan Pahang ke-4. Baginda telah diputerakan pada 29 Mei 1904 bersamaan 14 Rabi'ul Awal tahun 1322 Hijrah. Baginda merupakan putera kepada Al-Marhum Sultan Abdullah dengan Che Kalsum bt Abdullah.

Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Ampuan Pahang, Raja Fatimah, puteri kepada Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah, di Kuala Kangsar, Perak. Perkahwinan baginda merupakan perkahwinan di antara dua kerabat diraja yang mempunyai pertalian persaudaraan iaitu saudara sepupu melalui bonda Tengku Ampuan Fatimah yang bernama Tengku Nong binti Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah. Catatan mengatakan gambar ini dirakam pada tahun 1925 Gambar kredit kepada FB Gambar Klasik Pahang. Sumber artikel : Selebihnya anda boleh klik disini : Wikipedia.org
.
Gambar ini sekadar perkongisan dan di jadikan koleksi di blog AKU ANAK PAHANG sahaja.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

  1. perkahwinan diraja pahang setakat ini kekalkan dengan pasangan diraja juga.. betulkan jika saya tersilap..

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.