MAIN MENU

Footer Pages

13 Okt 2012

'ANCAK' DIDALAM BUDAYA ORANG MELAYU

Contoh Ancak gambar Google sekadar hiasan 

Kalau di Pahang di kenali dengan acara "membuang ancak" loghat tempatan menyebut "ancok" biasanya proses ini melalui bebarapa amalan tertentu atau diatas sebab-sebab tertentu membuang penyakit, bernazar, memberi makanan pada makhluk halus atau seseuatu yang berkaitan seumpamanya. Acak atau Ancak merujuk sebagai sebarang jenis persembahan kepada makhluk halus jin dan syaitan dalam kebudayaan orang Melayu. Persembahan ini biasanya merupakan makanan, dan secara biasanya terdiri daripada hidangan (tetapi tidak terhad) seperti berikut :

Bertih
Pulut kuning.
Ayam panggang
Telur (mentah/rebus)
Anak patung tradisional
dan lain-lain alatan yang berkaitan

Terdapat juga ancak yang merupakan darah sembelihan yang diletakkan dalam bekas. Acak biasanya digunakan semasa memenuhi perjanjian dengan saka, bagi memberi jamuan. Selain itu, acak juga digunakan dalam perubatan traditional apabila acak disediakan dan kemudiannya, jin yang mengganggu dipujuk agar mengikuti acak yang kemudiannya dihanyutkan kesungai. Perkara yang sama juga dikatakan akan dilakukan ketika seseorang membuang ilmu kebatinan yang dipakainya seperti memakai susuk, atau makhluk belaan seperti toyol.

Selain itu, acak juga disediakan dalam upacara semah biasanya sebagai balasan apabila pesakit yang diubati menurut kaedah tradisional sembuh, sebagai memenuhi perjanjian yang telah dipersetujui oleh orang yang melakukan rawatan dan jin-jin yang dikatakan membantu manusia yang dilakukan dalam keadaan menurun, ataupun melalui persembahan teater tradisional, yang juga melibatkan menurun.

Jin yang merasuk pesakit dipujuk dan dijanjikan akan diberi makan acak sekiranya sudi keluar dan tidak mengganggu pesakit. Tujuan lain ialah sebagai tanda berterima kasih kepada makhluk ini, yang sudi datang membantu manusia melakukan rawatan, membolehkan pesakit sembuh.

Upacara menyemah berbeza, bergantung kepada kelaziman yang dilakukan orang yang mengetuai sesuatu upacara, ataupun kehendak orang yang berkenaan atas permintaan jin-jin, yang diberitahu melalui mimpi ataupun lain-lain medium. Kerana itu maka bahan-bahan yang disediakan berbeza, selain daripada bergantung kepada bahan makanan yang boleh didapati dan digunakan oleh penduduk tempatan.

Upacara menyemah adakalanya melibatkan darah binatang yang disembelih, ditadah dalam satu bekas, organ dalaman binatang yang disembelih, seperti kambing, kerbau atau lembu. Bahan-bahan tadi diletakkan di satu tempat, sama ada di hujung kampung, di pinggir hutan, dihanyutkan di sungai ataupun di laut. Amalan ini dikenali sebagai menyemah kampung, menyemah pantai, bela kampung, buang ancak dan sebagainya.

Bagi mereka yang melakukan persembahan teater tradisional, bahan-bahan makanan, terutamanya ayam panggang diletakkan, adakalanya sebagai sajian di sepanjang persembahan, bagi memastikan persembahan mereja berjalan dengan lancarnya tanpa ada apa-apa gangguan oleh makhluk halus.
Cara lazimnya penggunaan ancak ini :
  1. Bomoh /Pawang akan meletakkan semua peralatan di atas ke atas rakit batang pisang yang kecil ( 0.5 meter persegi).
  2. Ayam jantan yang telah disembelih dan dibuang bulunya diletakkan sebagai 'hidangan' / persembahan.
  3. Dihanyutkan di tengah sungai yang berolak atau berputar atau di kawasan yang dipercayai terdapat hantu air.
  4. Didahului dengan jampi mentera dan dihanyutkan.
  5. Biasanya bagi mengelakkan kemalangan, sebelum dan selepas mati lemas, kehilangan atau kematian di sungai. Jika ingin membina jambatan kayu, besi atau batu, pawang akan dijemput untuk membuat ancak - untuk mendapat kelulusan 'restu' hantu air.
Fakta remeh amalan Ancak
Amalan ini mungkin masih terus diamalkan didalam budaya orang melayu kita di kampung-kampung tradisional mungkin masih diamalkan. Namun amalan ini jika tersalah cara dan pembawakan mungkin boleh membawa jatuhnya hukum syirik dari segi agama Islam. Sesetengah masyarakat melayu masih mengamalkan budaya menghanyutkan ancak bagi tujuan menghindari gangguan hantu terutama hantu air. Perasaan penduduk kampung lebih selamat dan selesa jika upacara menjamu hantu air dilakukan di sungai berhampiran. Jika tidak diadakan, apa juga kemalangan akan dikaitkan dengan 'tidak memberi semah' kepada makhluk halus.

Secara umumnya upacara menghanyutkan ancak atau membuang ancak adalah perbuatan Syirik dan bertentangan dengan agama Islam. Dalam al Quran memang ada dinyatakan tentang kewujudan jin, syaitan, iblis dan ifrit . Tetapi makhluk ini bukanlah untuk ditakuti. Bagi orang Melayu, syaitan dan jin telah dikelompokkan kepada pelbagai jenis hantu. Sumber sebahagian drp: Wikipedia.org

Semoga kita sama-sama mendapat kesedaran, amatlah dibimbangi sekiranya sesuatu amalan tersebut boleh membatalkan akidah. Terdapat beberapa amalan manusia yang boleh membatalkan keimanannya pada syahadah dan menjerumuskan mereka untuk menjadi murtad. Nauzu billahi min zalik. akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 ulasan:

  1. rasanya x de doh kat kampong amal bende gini
    dulu selalu jg tengok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moleklah weh.. dulu2 mmg kita biasa melihat amalan seperti ini. Jenarasi hari ini mungkin sudah kurang mengetahui bahkan mungkin sudah tidak ada lagi.

      Padam
  2. SAYA SEBENARNYA TENGAH NAK MENCARI ORANG YANG AMALKAN BUANG ANCAK NI. ATAU PALING TIDAK ORANG YANG TAHU, MUNGKIN ORANG LAMA.
    BUKAN UNTUK NAK AMALKAN, TAPI NAK USULKAN KAJIAN DOKUMENTARI TENTANG RITUAL LAMA ORANG MELAYU DULU-DULU..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin anda boleh menghubungi org-org tua yang berada di kampung pendalaman di Pahang ini.

      Padam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.