MAIN MENU

Footer Pages

5 Sep 2012

TAHUKAH ANDA ROKOK ELEKTRONIK BERBAHAYA !


VIENNA 4 Sept. - Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya.

Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.

Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna.

Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.

Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu.

Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.

Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.

"Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya.

"Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi kesan dalam jangka panjang,'' katanya. - AGENSI Sumber Utusan

AAP - Jangan cari pasal lari mulut naga masuk mulut buaya... :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

16 ulasan:

  1. Entohlah kawan pun tak tahu rasa bender :)

    BalasPadam
  2. pergi ke hospital kerajaan, tanye pasal klinik berenti merokok. tak mahal pun bayornye.
    Kalau beli sendiri kat kedai/farmasi alatnye, mahal.

    BalasPadam
  3. apa2 pun merokok tu tetap bahaya utk kesihatan :)

    BalasPadam
  4. isap rokok biasa lagi nikmat.... tapi kawan dah berhenti 4 tahun lebih. harap2 dapat berkekalan walaupun masih terasa kenikmatan merokok

    BalasPadam
  5. Rokok elektrik terbaik alang alang nak beli beli yg mahal terus n e juice from usa terbaik jangan beli e juice made in china sakit tekak.dah setahun berenti merokok alhamdulillah dah lah sedap gila perisa ice cream e juice aku ni

    BalasPadam
  6. Apapun rokok elektronik lebih selamat berbanding menghisap rokok biasa yang 4000 kali lebih beracun, aku sekarang dah beralih kepada rokok elektonik e-cigs dah beberapa bulan tanpa menghisap rokok biasa, bau badan x busuk lagi, takde lagi sakit tekak pagi2 dan boleh hisap dimana sahaja, batuk pun tak.. untuk lebih selamat beli liquid dan rokok dari genuine dealer sahaja, jangan beli sebarangan tanpa tahu apa yang kita sedut.. aku seorang dealer genuine, boleh ke laman web aku... ecigar-rokok.blogspot

    BalasPadam
  7. Terus berhenti cfm demam..

    BalasPadam
  8. quote " mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya."

    Belum Pasti...yang pasti rokok tembakau tu penyumbang pelbagai penyakit..so kepada yang tidak merokok, anda tidak digalakkan untuk merokok sama ada elektronik atau tembakau..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  9. senang jer... janganlah bandingkan rokok elektronik dengan chewing gum, bandingkan dengan rokok2 biasa yang mempunyai lebih 4000 bahan kimia yang membahayakan, yang pastinya rokok elektronik lebih jimat dan selamat berbanding rokok biasa...

    rokok biasa tau, dunhill, marlboro, winston, salem dll tapi bukan rokok seludup, contoh nusantara, john, saat dll yang lebih bahaya dari rokok biasa, bau pun busuk (kata orang perempuan)

    BalasPadam
  10. Smua jenis mrokok bhaya.tp lg baik ecigar lg baik.kurang bahaya,jimat n wangi.awek2 pn sk dok sebelah klu gn ecigar..nmpak pn lbh elegence...

    BalasPadam
  11. Smua jenis mrokok bhaya.tp lg baik ecigar lg baik.kurang bahaya,jimat n wangi.awek2 pn sk dok sebelah klu gn ecigar..nmpak pn lbh elegence...

    BalasPadam
  12. Jangan.... Jangan tak hisap.

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. informasi nak beli roko elektronik EGO di daerah pahang,kemaman,kuantan.thaks

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.