Dunia di hari ini sememang banyak perkara yang boleh menjadikan kita stress dari kehidupan seharian, kewangan, masalah peribadi, keluarga dan seribu satu macam lagi. Semua ini jika tidak diolah dengan sempurnanya boleh sahaja membuatkan kita menjadi stress. Mungkin kita faham apa itu stres tetapi ada kita tahu ada gejala atau perkara buruk yang akan menanti kita seandainya kita terus menerus melayani masalah stres ini. Disini jom kita lihat kesan langsung jika anda selalu mengalami stress :
Kemurungan - Stress berpanjangan akan menimbulkan tekanan. Kurang tidur juga biasanya muncul jika terlalu sering stres dan berakhir pada kemurungan pada sebahagian orang.
Sistem imunisasi - Stress mencegah sistem imun bekerja dengan baik. Akibatnya, anda pasti akan mudah diserang pelbagai penyakit. Baik dalam jangka pendek mahupun panjang.
Sakit kepala dan migrain - Ketika stres, keadaan tubuh akan menegang. Kadar hormon cortisol pun meningkat demi mengawal keadaan tersebut. Sakit kepala dan migrain akhirnya muncul.
Masalah penghadaman - Pengeluaran hormon stress yang meningkat pun mampu merosakkan lapisan perut dan sistem pencernaan. Selain itu, makan berlebihan juga sering dikaitkan dengan gejala stress.
Insomnia - Kurang tidur amat membahayakan bagi kesihatan. Kurang tidur sendiri sebenarnya adalah tanda dari anda stress. Ketika anda merasa cemas dan susah hati anda pasti akan mengalami insomnia atau susah tidur.
Moralnya jangan terlalu stress... jangan mikir sangat sehingga terbawak perkara buruk yang lain terhadap diri anda.
saya jugak kadang2 stress....tapi alhamdulillah sekejap jer stress nya, dpt berbual dgn kwn2 hilang lah stress tu..hehehe
BalasPadamselamat hari raya
MYD - betul jgn mengelamun sesorang kalau ada masalah... jumpa kekawan bawak berborak bagus tu...
Padamhidup kat kolumpo ni lagi stress tapi byk juga benda yg blh dibuat utk kurangkan stress
BalasPadam