Sekolah kita masa dahulu. Rasanya ketika Sultan Pahang melawat sekolah di Kampung Bantal Ulu Tembeling. Gambar Almarhum Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar merupakan Raja Mesra Berjiwa Rakyat yg disayangi seluruh rakyat negeri itu. Semasa pemerintahanya baginda mengadakan lawatan bertemu rakyat termasuk dikampung2 pedalaman pada setiap tahun untuk bertanya khabar dan mengetahui masalah yang dihadapi rakyatnya.
Gambar ini lagi klasik. Orang Tembeling dan Kuala tahan tentu kenal kat mana gambar ini diambil. Dari sumber yang sama. Gambar ditangkap oleh Mat Saleh. Kampung Bantal, Ulu Tembeling. Cuba teka agak-agak tahun bila gambar ini diambil. Tidak kurang rasanya seawal 1900 agaknya.
Gambar ini semasa pesta menuba ikan bersama Sultan Pahang di Sungai Pahang dahulu. Sekarang jangan main tuba-tuba ikan satu kesalahan yang boleh didakwa.
AAP- Gambar-gambar sekadar sebuah perkongsian untuk tatapan bersama. Sedikit catatan asal sebenar nama Kampung Bantal didalam ejaannya BANTAI - Maksud memukul didalam loghat orang Pahang. Asal usul nama kampung ini boleh dilihat DISINI.
Sumber Gambar : Facebook Gambar Klasik Pahang. Terima kasih Hj Roselan Malek
Wassalam, Wa'allahhualam.
Dulu orang tube gune air berjampi.Sekarang gune racun.Abih pupus...
BalasPadamOrang hari ini nyer bubuh cop tengkorok abis melapong blake yak :(
Padambanyak kenangan kome di sini masa muda2 dulu...
BalasPadamdulu boleh pilih ikan mana kita nok, kuak ikan baru nampok air, le ni kuak air nampok sampoh :)
Admin, mohon untuk share di page ilovepahang sebagai pekongsian... terima kasih.. kredit takkan dilupakan :)
BalasPadam