MAIN MENU

Footer Pages

14 Ogo 2012

RAJA SEGALA IKAN (PATIN MUNCUNG) MENCECAH HARGA RM280 - RM300 SEKILOGRAM DI JERANTUT



JERANTUT : Harga ikan patin muncung Sungai Pahang mendominasi senarai harga ikan air tawar di negeri ini apabila mencecah RM280 hingga RM300 sekilogram, sekali gus mengatasi harga jelawat yang dijual pada kadar RM220 hingga RM250 sekilogram.

Bagaimanapun, harga yang tinggi bagi mendapatkan ikan yang boleh dianggap sebagai identiti negeri itu bukanlah penghalang sebaliknya orang ramai tetap mahukan ikan berkenaan seraya membuatkan permintaan terhadap patin muncung meningkat dua kali ganda berbanding biasa.

Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar di daerah ini mendapati patin muncung pasti menjadi pilihan terutama di hujung minggu iaitu apabila anak penduduk yang pulang dari perantauan untuk menjalani ibadat puasa bersama keluarga masing-masing. Di Jerantut, lokasi paling panas mendapatkan ikan air tawar segar ialah di Pekan Sehari Jerantut, Pasar Tani dan Pasar Besar Jerantut yang mula dikerumuni orang ramai sejak awal pagi.

Patin muncung, jelawat, temoleh, tapah, patin perak, patin buah, tenggalan, gerahak, baung kenderak, baung akar dan kerai adalah antara ikan sungai yang sering diburu penduduk setempat setiap kali ke pasar kerana rasanya yang enak jika dijadikan masak tempoyak, pais tempoyak, gulai rom dan masak asam belimbing buluh.

Seorang peniaga di pasar besar Jerantut, Ruslan Wahab, 54, berkata permintaan ikan sungai sentiasa mendapat sambutan pembeli walaupun harganya mahal. “Saya mendapat bekalan ikan dari nelayan sungai di Kampung Pulau Mangsuk, Lada, Batu Embun, Jerantut Feri dan Kuala Teh. Biasanya ikan sungai yang dijual akan habis dalam masa sejam saja kerana pembelinya tetap ada walaupun harga ikan sungai asli cukup mahal.

“Ada kala, nelayan sungai selama ini menjadi pembekal, tidak dapat memenuhi permintaan kami kerana ada juga pelanggan sudah menunggu di jeti semata-mata mahu mendapatkan ikan sungai segar. “Harga patin muncung memang mahal sekarang terutama bagi yang mempunyai berat sekitar satu hingga tiga kilogram. Bagi yang bersaiz lebih besar, harganya murah sedikit tetapi masih melebihi RM200 setiap kilogram,” katanya.

Katanya, harga bagi ikan sungai asli yang lain seperti temoleh mencecah RM40 sekilogram, juara (RM24), tapah (RM60), patin buah (RM100), tenggalan (RM80), baung kenderak (RM24), gerahak (RM55), baung akar (RM40), kerai kunyit (RM30) dan kerai jelawat (RM60).

Katanya, ikan sungai asli sering mendapat permintaan ramai kerana rasa isinya yang jauh lebih sedap berbanding ikan sungai diternak dalam sangkar. Sumber http://www.hmetro.com.my

AAP - Amacam ada yang berani memakanya?? Gamaknya berapa harga sepotong ikan tersebut kalau sudah dimasak gulai tempoyak? Moralnya sila pastikan apa jenis ikan yang telah anda order sebelum memakanya :) tanya berapa harganya terlebih dahulu. Mahu jadinya RM280 x 33 KG = RM9,240 ringgit :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

  1. lama sgt x makan muncung ni, dulu biasa menjaring jg makan, le ni mkn hok sangkar je dah :)

    ps: kalau nak makan kat restoran area jerantet kena tanya dulu ikan bende, kang x pasal2 basuh kena basuh pinggang :)

    BalasPadam
  2. Pada tahun 90an dulu, Jelawat dapat gelaran Raja Ikan tp sekarang nampaknya gelaran itu dirampas oleh Ikan Patin Buah ni. Masa bebudok dok kat kampung tepi Sungai Pahang koi selalu amat makan bermacam ikan sungai ni termasuk beberapa jenis ikan patin ni.. masa tu Org tepi sungai xberapa nok makan ikan patin jora oleh sbb2 tertentu..
    Klu seeokor ikan Patin Buah boleh cicah harga hampir RM10,000,ia boleh dijadikan satu profesion menjadi nelayan sungai dengan pendapatan yg amat lumayan..
    Memandangkan harga/nilai pasarannya, kenapa pihak Kerajaan khususnya di Pahang tidak menjalankan R&D bagi pembenihan utk membiakkan ikan Patin Buah ni sama ngan Patin diternak dalam Sangkar sekarang. Jabatan Perikanan dibawah Kemnterian Pertanian dan Asas tani patut mengambil daya usaha yang dicadangkan ini...

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.