Kita mungkin pengemar murtabak, berbagai jenis murtabak ada disajikan ayam daging dan sebagainya. Tapi tahukah anda, ada hukum yang mengatakan
haram memakan roti telur dan murtabak ini, kenapa haram pula? Meh
baca ini,dipetik dari facebook seorang teman.
Hukum asal makan roti
canai telur dan murtabak adalah harus . Apa yang menimbulkan masalah
ialah apabila penebar roti canai atau murtabak, tidak membasuh telur
yang digunakan. Ini kerana tempurung telur yang tidak dibasuh
mengandungi najis (bercampur tahi ayam). Apabila penebar roti canai tadi
memegang telur yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangan penebar tadi
bernajis, dan terus menggaulkan dengan tepung, dan secara langsung
telah menggaul najis dalam roti canai ataupun murtabak.
Dinasihatkan
juga kepada tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak
menggunakan telur dalam masakan, hendaklah membasuh telur terlebih
dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah
daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka
menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal,
mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan
banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram.
Dalam sebuah kisah yang terkenal. Suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah,
“Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.”
Rasulullah
menjawab: Hai Sa’ad! Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah orang
yang) diperkenankan permintaan, dan demi (Allah) yang diri Muhammad di
tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan
haram ke perutnya, tiada diterima Allah amalannya empat puluh hari
(Riwayat Tobroni).
Dalam hadis yang lain Rasulullah saw
telah bersabda: “setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka
nerakalah yang lebih layak baginya (Riwayat Tirmizi)”. Pastikan makanan
kita bersih dan suci. Wa'allahhualam
P/S: sekadar peringatan sesama
kita, bukan hanya roti telur dan murtabak sahaja, tapi sebenarnya
banyak lagi makanan yang dimasak dengan telur ni.. jadi berwaspadalah
selalu sila kongsikan kepada rakan-rakan yang lain yang belum tahu :) Sumber asal : mynewshub.my
AAP - Selalu juga pekena murtabak ini hendak pulak ketika bulan puasa.
Wassalam, Wa'allahhualam.
ye saya setuju...pastikan telur dibasuh kan..
BalasPadamInfo yg sangat bermanfaat untuk semua.. teruskan dgn info2 yg berunsurkan keagamaan..
BalasPadammy dad basuh telur tu sebelum digunakan, dia jual murtabak jgak, so insyAllah halal la kan, dia buat sebersihnya pun .......... :D
BalasPadamjadi masalah sebab tak ramai yang peka isu macam ni, terutama peniaga. bila dah beli berpapan-papan telur, alasannye leceh nak basuh semua.
BalasPadam