MAIN MENU

Footer Pages

11 Ogo 2012

LELAKI ANGGAP WANITA GEMUK LEBIH SEKSI!

Secara perbandingkan lelaki yang dalam keadaan rileks, para lelaki yang sedang dalam keadaan tertekan rupanya cenderung menganggap wanita dengan tubuh berisi, lebih menarik.

Perkara ini dijelaskan di dalam eksperimen yang dilakukan dua psikologi dari University of Westminster dan Newcastle University. Sebanyak 81 lelaki Inggeris yang turut dalam kajian dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang dihadapkan pada dua situasi yang berbeza.

Satu kumpulan dihadapkan pada situasi yang boleh membuat cemas atau stres, seperti menunggu barisan. Kelompok lainnya ditempatkan dalam sebuah bilik selesa dan diminta menunggu dengan tenang.


Setelah itu, mereka diminta melihat gambar wanita dari pelbagai bentuk tubuh, mulai dari kurus hingga gemuk. Menurut laman Live Science, mereka lalu diminta menentukan wanita mana yang paling menarik.

Hasilnya, lelaki yang sedang dalam keadaan tertekan banyak menyebut wanita gemuk dan wanita dengan berat normal sebagai yang paling menarik.

Di sudut lain, lelaki yang dalam keadaan rileks lebih memilih wanita bertubuh kurus sebagai wanita yang menurut mereka lebih cantik.


"Perkara ini selaras dengan kerja eksperimental kami yang sebelumnya yang menunjukkan bahawa tahap stress seseorang berbanding lurus dengan keutamaan ciri-ciri bentuk tubuh yang lebih matang," kata para penyelidik.

Hasil kajian yang diterbitkan dalam jurnal plos ONE ini juga menegaskan hasil kajian sebelumnya, iaitu bahawa stress berpengaruh besar pada penilaian seseorang terhadap bentuk tubuh. - Sumber : us.life.viva.co - olahan semula by akuanakpahang


AAP- Gamaknya orang lelaki  tak boleh marah-marah atau stress mula tak minat nak nengok orang pompuan yang kurus kering :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

8 ulasan:

  1. betol kot..tp bkn la gemok..sedikit berisi..hoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul setuju dgn anda sedikit gempal tidak terlalu kuruskan :)

      Padam
  2. ikut selera masing2 te hehehee

    BalasPadam
  3. Salam..
    kalau gemuk sangat idaklah kut..?
    biar berisi sikit lebih baik dari keding :)

    BalasPadam
  4. betol la..xnk yg mcm artis kpop tuh..5

    BalasPadam
  5. Chubby tu okay la. tapi mestinya kurus lagi okay. ;)

    >>> Yang GEMUKK Nak KURUS?! <<<


    .

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.