Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara akan
dikurangkan sebanyak 10km sejam (km/j) dalam usaha memastikan
keselamatan pengguna jalan raya ketika perjalanan 'balik kampung' untuk
menyambut Aidilfitri. Sehubungan itu had laju bagi jalan persekutuan diturunkan kepada 80km/j
daripada 90km/j dan jalan negeri ialah 70km/j daripada 80km/j.
Langkah ini diambil bagi memberi kesedaran pada orang ramai mengenai
keselamatan jalan raya yang mana kelajuan tinggi merupakan faktor utama
yang menyumbang kepada peningkatan angka kemalangan saban tahun.
Pengurangan kadar had laju itu akan dikuatkuasakan selama dua minggu bermula 12 Ogos sehingga 26 Ogos ini pendek kata kalau terjumpa papan tanda had kelajuan dijalan-jalan tersebut sila kurang 10km.
Senarai lokasi Speedtrap Pantai Timur
East terikat, turun bukit dijalankan selepas Raub persimpangan.
Maran, 60km/h (zon)
Paya Bungor, 70km/h (zon)
AAP - Pandu cermat jiwa selamat... ingatlah orang yang tersayang.
Wassalam, Wa'allahhualam.
betul2.. pandu cermat jiwa selamt...
BalasPadamkeluarga menunggu kepulangan di rumah..
Pandulah dengan berhemat...
Padambiar lambat asal selamat.. yg dikampung menantikan senyuman bukan tangisan :)
BalasPadamSaya cukup tak setuju dengan pengurangan tu. menganggu pemanduan je. Kalau jalan cantik bawak 60 tak ke rosak keta.
BalasPadam