KUALA TERENGGANU – Dengan perkembangan teknologi maklumat, kad ucapan
Selamat Hari Raya Aidilfitri sudah tidak relevan lagi dengan
kedai-kedai buku dan gerai di sini mengakui ia sukar untuk dijual.
Orang
ramai sudah tidak berminat lagi membeli kad ucapan itu untuk dihantar
kepada rakan atau taulan disebabkan kemunculan pelbagai idea dan cara
baru seperti menghantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) FaceBook
(FB) Twitter dan sebagainya.
Tinjauan di beberapa kedai buku dan
gerai di sini mendapati tidak ada langsung pelanggan yang datang membeli
kad-kad ucapan yang dijual di kedai-kedai berkenaan. “Kad ucapan
Selamat Hari Raya yang dijual di kedai ini, langsung tidak mendapat
sambutan. Orang ramai dah tak minat lagi beli kad raya sebab boleh
hantar ucapan melalui SMS, FB dan sebagainya,” kata Shukri Abdullah, 26,
yang menjadi pembantu Kedai Buku Fauzi Ngah di Pasar Kedai Payang di
sini, sejak lima tahun lalu.
Katanya, dulu menjelang musim
perayaan memang seronok menjual kad raya sebab orang ramai berpusu-pusu
membeli kad untuk dihantar kepada rakan-rakan, tetapi sekarang semua
sudah berubah.
“Ada orang masuk ke kedai kita, tetapi mereka tidak beli kad raya, mereka beli majalah, buku dan akhbar,” katanya.
Kedai
Buku Pustaka Seri Intan di sini juga meluahkan pendapat yang sama
apabila tidak ada pelanggan yang berminat membeli kad ucapan Selamat
Hari Raya. Menurut pembantu kedai itu Azizah Jusoh, 31, kedainya
yang menjual beraneka jenis kad raya berkata, jarang sangat orang yang
masuk ke kedai ini untuk membeli kad ucapan itu.
Beliau yang
bekerja di kedai itu sejak tiga tahun lalu berkata, berbanding beberapa
tahun lepas, sukar untuk menjual kad-kad raya tahun ini. Sementara
itu seorang penjual kad raya berhampiran hentian bas Majlis Bandaraya
Kuala Terengganu (MBKT) Yusof Yahya, 31, berkata, hanya mereka yang
betul-betul minat dan ada kenangan manis saja membeli kad ucapan Selamat
Hari Raya untuk dihantar kepada rakan-rakan. “Sejak saya buka gerai awal Ramadan ini, pelanggan yang datang membeli kad raya boleh dibilang dengan jari,” katanya. – BERNAMA
AAP - Akhirnya tradisi menghantar kad ucapan hari raya terkubur jua... Genarasi hari ini langsung sudah tidak meminatinya... lewat tahun 80-90an perkara ini seakan menjadi suatu kewajiban. Tujuan menghantar kad ucapan hari raya bagi mengeratkan silaturahim sesama keluarga dan sahabat handal.
Wassalam, Wa'allahhualam.
benar sekali tuan,
BalasPadamanak-anak kita sekarang sudah tak minat lagi,
semuanya nak cepat.
Dulu berebut-rebut pilih kad raya...seronok sangat..sekarang hari raya sangat tak meriah. Iklan seperti dulu pun sudah tiada..
BalasPadam