KUALA LUMPUR 5 Ogos - Jika di bazar Ramadan Kampung Baru, Martabak
Pak Din menjadi pilihan orang ramai, tetapi lain pula di bazar Ramadan
Bangsar apabila gerai 'Gulai Tempoyak Patin Station 21 Original
Jerantut' menjadi tumpuan orang ramai.
Menurut pemilik gerai, Marzuki Mat Lela, 30, ramuan ikan patin masak gulai tempoyak yang dijual merupakan resipi keluarganya. "Rempah yang dicampur dengan tempoyak disediakan bersama ikan patin dan ini yang menjadikan rasanya sungguh istimewa.
"Saya adunkan sambal bersama tempoyak untuk mencari kelainan gulai
dan rasanya sesuai dijadikan juadah berbuka puasa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini. Kata Marzuki, dia memulakan perniagaan dengan membuka restoran
masakan Barat di Bangsar selain menjadi tukang masak bagi aktiviti
ekspedisi di dalam hutan.
Rakan kongsinya, Ridzuan Ghani, 47, pula berkata, ikan segar
yang dibawa terus daripada Jerantut, Pahang menambah keistimewaan
masakan itu selain ia disediakan terus di gerai. "Kami akan memandu kereta ke Jerantut setiap dua hari untuk membawa
ke Kuala Lumpur kira-kira 50 ekor ikan patin segar sebagai bekalan di
bazar Ramadan.
"Kami mahukan orang ramai mendapat rasa sebenar ikan patin gulai
tempoyak kerana kebanyakan masakan ini yang dijual menggunakan ikan
patin yang kurang segar," katanya. Tinjauan mendapati rata-rata pengunjung akan membeli ketiga-tiga menu
masakan Pahang disediakan itu sebagai set hidangan lengkap.
Harga dijual juga berpatutan iaitu RM8 untuk ikan patin gulai
tempoyak, RM4 bagi sambal tumis petai tempoyak dan RM3, sambal belimbing
buluh rebus hitam. Seorang pelajar kolej swasta, Nur Nazirah Syeikh Bakri, 22, berkata, ikan patin masak gulai tempoyak sentiasa menjadi kegemarannya dan seisi keluarga apabila berkunjung ke bazar itu.
"Saya teruja apabila mendapati terdapat gerai yang menjual lauk
kegemaran saya di sini kerana saya memang tercari-cari gerai menjualnya. "Dengan adanya hidangan ini, saya terasa seperti berbuka puasa di
Pahang. Keenakannya membuatkan saya ingin membelinya selalu," katanya
tersenyum.
Bagi seorang pekerja swasta, Mohd. Affandy Anuar, 23, dia
tidak perlu pergi jauh sehingga ke Pahang untuk merasai gulai ikan patin
masak tempoyak kerana Marzuki pandai menjadikan juadah itu seenak
masakan di kampung. "Lauk gulai tempoyak ini sudah ada padanan yang dijual sekali dan sesuai dimakan dengan nasi putih atau dicicah dengan roti. "Kadangkala saya akan tinggalkan sedikit untuk dijadikan lauk sahur kerana rasanya membuatkan saya rasa puas hati," katanya. Sumber Utusan Malaysia
Wassalam, Wa'allahhualam.
cantik orang pahang..biar kita pulak memajukan negara kita..hehehe
BalasPadampahang boleh :)
BalasPadamTanniah pada Marzuki & tahniah juga pada group AAPG..Mungkin lepas ni boleh memikirkan utk buka restoran terus disitu
BalasPadamsalam..
BalasPadambaju tu yang mahei nih :)
promote AAP Blog nih..he he