Seperti yang diketahui umum, hari ini bakal diadakan Perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0) bertempat di dataran Merdeka. Walaupun mahkamah m...
Seperti yang diketahui umum, hari ini bakal diadakan Perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0) bertempat di dataran Merdeka.
Walaupun mahkamah majisteret telah pun mengeluarkan perintah larangan pihak BERSIH mengadakan sekali mengadakan Perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bermula pada hari (28 April 2012) sehinggalah 1 Mei 2012, tetapi pihak BERSIH akan tetap berhimpun seberapa dekat dengan lokasi Dataran Merdeka asalkan lokasi tersebut maish lagi mematuhi perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka.
Butiran Larangan Mahkamah Majisteret Mengenai Perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0)
Berita Terkini Bersih Setakat Pukul 9.20 pagi
Terkini : Laluan masuk ke Dataran Merdeka sejak pagi ini dikawal ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan perintah larangan yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur ke atas penganjur Bersih 3.0 dan orang awam, semalam.
Bagaimanapun,tinjauan Berita Harian Online setakat jam 9 pagi mendapati kelihatan kelompok kecil peserta demonstrasi Bersih 3.0 berkumpul di laluan utama persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tun Perak. Situasi di laluan utama Bersih 3.0 masih terkawal dan tiada sebarang provokasi dicetuskan preserta demonstrasi.- Berita Harian
Sumber : Beritasemasa com.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Butiran Larangan Mahkamah Majisteret Mengenai Perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0)
LIVE Bersih 3.0 Semak berita terkini mengnai Perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0) di sini daripada masa ke semasa….
- Larangan mengadakan perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0) di Dataran Merdeka
- Larangan juga merangkumi jalan-jalan yang menuju ke arah Dataran Merdeka
Berita Terkini Bersih Setakat Pukul 9.20 pagi
Berita Terkini BERSIH Setakat Pukul 9.00 pagi
- 9.20 pagi : MASJID JAMEK Jln dari Jln Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT
- 9.15 pagi : KLCC – Pintu masuk ke KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar ditutup.
- Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota David Choi, walaupun menghadapi tindakan disiplin parti kerana menyokong Himpunan Hijau, dilihat berada di kalangan orang ramai.
- Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota merupakan satu-satunya bahagian parti itu yang menentang loji nadir bumi yang terletak di Gebeng, Pahang.
- Peserta yang kini berjumlah kira-kira 500 orang selepas disertai kumpulan lain yang berada di taman KLCC mula melaungkan “Stop Lynas”.
- Kira-kira 100 anggota polis membentuk tembok manusia untuk menghalang orang ramai daripada berhampiran pintu masuk.
- 9:14 pagi : JALAN TUN PERAK menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal.
- 9.00 pagi : JALAN PETALING, DEKAT HOTEL LOK ANN Seorang gadis berbaju kuning beri bunga polis bernama Yap, minta sokong BERSIH. Yap tak ambil dan hanya tersenyum. Orang ramai dan anggota polis lain bertepuk tangan.
- Anggota polis dilihat mengawal beberapa lokasi utama, termasuk Yang Keng Benevolent Dramatic Association di persimpangan Jalan Sultan dan Hang Jebat.
- 9.09 pagi : KLCC 500 berkumpul di taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas.
Sumber : Beritasemasa.com
- 8.55 pagi : SIMPANG MRR1 ke Jalan Sultan Salahuddin, sekatan jalan raya. Kenderaan tidak dibenarkan masuk.
- 8.51 pagi : JALAN DUTA Sekatan jalan raya, semua kereta dihalang memasuki Jln Parlimen.
- 8.48 pagi : PERSIMPANGAN DEPAN SOGO ditutup. Jalan menuju Dataran Merdeka ditutup, pemandu dilencongkan ke JALAN DANG WANGI. 150 polis berkawal.
- 8.40 pagi : JALAN IMBI, JLN BKT BINTANG menuju Jln Sultan Ismail, lancar tanpa sekatan jalan raya.
- 8.32 pagi : KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka.
- 8.30 pagi : JALAN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara.
- 8.24 pagi : JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan.
- 8.00 pagi : JALAN PETALING – Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.
- 8.00 pagi : JALAN PETALING – Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak
Terkini : Laluan masuk ke Dataran Merdeka sejak pagi ini dikawal ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan perintah larangan yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur ke atas penganjur Bersih 3.0 dan orang awam, semalam.
Bagaimanapun,tinjauan Berita Harian Online setakat jam 9 pagi mendapati kelihatan kelompok kecil peserta demonstrasi Bersih 3.0 berkumpul di laluan utama persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tun Perak. Situasi di laluan utama Bersih 3.0 masih terkawal dan tiada sebarang provokasi dicetuskan preserta demonstrasi.- Berita Harian
Berita Terkini Bersih Setakat Pukul 12.50 tengahari
- 1:13 petang : Sejam menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah peserta yang hadir setakat ini dianggarkan telah mencecah sekitar 50,000 orang.
- Pudu/Kotaraya/Petaling Street (orang ramai berarak dari KLCC) – 20,000
- Pasar Seni (bergabung dengan orang ramai dari Brickfields) – 15,000
- Masjid Jamek – 10,000
- TAR / Jalan Tun Perak / Jalan Parlimen – 10,000
- Masjid Negara – 5,000
- 12.50 tengahari : Pasar Seni – Kumpulan kedua dari Brickfields, juga berjumlah ribuan orang, tiba di Pasar Seni untuk bersama dengan mereka yang sudah berada di situ.
- 12.43 tengahari : Masjid Negara – PKR presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama dengan pemerhati antarabangsa.
- 12.32 tengahari : Pasar Seni – Polis membentuk benteng manusia di Hang Kasturi Walk, laluan baru di sebelah Pasar Seni, walaupun beberapa peserta sudah lama melepasi mereka melalui satu kaki lima di situ. Peserta yang berdepan dengan benteng polis itu menyanyikan lagu Negaraku.
- 12.30 tengahari : Pasar Seni – Pak Samad duduk di atas tikar di belakang barisan polis di jambatan yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni ke Dayabumi, sambil membaca Al-Quran
- Apabila ditanya sama ada beliau ditahan, seorang anggota polis menjawab, “Beliau sedang berehat. Beliau mengambil gambar selama dua jam tadi, beliau letih. “ Apabila ditanyakepada sasterawan negara itu sama ada beliau ditahan, beliau hanya mengangkat bahunya.
- 12.14 tengahari : Masjid Negara – Beberapa pemimpin kini berada di Masjid Negara – Mohamad Sabu, Lim Kit Siang and Abdul Kadir Sheik Fadzir.
- 12.10 tengahari : Jalan Sultan – Selepas berehat kira-kira sejam, kira-kira 3,000 orang yang pada mulanya berkumpul di Jalan Sultan, sekarang berjalan melalui Jalan Petaling.
- 12:07 tengahari : Jalan Tun Perak – Kira-kira tiga trak FRU dan dua meriam air kelihatan di Dataran.Sekumpulan 500 penyokong dari Jalan Pudu menuju ke JalanTun Perak sambil melaungkan “BERSIH” dan “Stop Lynas”.
- 12:03 tengahari : Dua jam sebelum perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah pesertanya dianggarkan kira-kira 35,000 orang di lokasi yang berlainan di pusat bandaraya di Kuala Lumpur.
- Pudu (peserta berarak dari KLCC) – 20,000
- Pasar Seni (bergabung dengan peserta dari Brickfields) – 10,000
- Jalan Petaling – 3,000
- Masjid Negara – 2,000
- 3:49 petang : JALAN RAJA LAUT Kira-kira 35 peserta BERSIH ditangkap dan dikumpulkan di hadapan bangunan DBKL.
- 3:49 petang : Serang peserda perhimpunan cedera dan di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.
- 3.50 petang : Pusat membelibelah Sogo – Beberapa peserta berundur dari Dataran Merdeka di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan dikejar polis.
- 3.42 petang : Stesen LRT Dang Wangi – Selepas polis melepaskan tembakan gas pemedih mata di Jalan Tun Perak, beberapa peserta melarikan diri ke Jalan Dang Wangi dan Jalan Ampang.
- Mereka dilihat berjalan ke arah KLCC melalui Jalan Ampang. Kebanyakan mereka dijangka pulang.
- 3:29 petang : Majlis Peguam – Selepas arahan untuk bersurai dikeluarkan, tembakan meriam air dan gas pemedih mata dilepaskan ke atas orang ramai di luar bangunan Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar.
- 3.24 petang : Masjid Jamek – Di hadapan stesen LRT orang ramai enggan berganjak dan melaungkan “BERSIH” walaupun gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka.
- Mereka berundur setiap kali gas pemedih mata ditembak, tetapi kembali semula selepas itu.
- 3.23 petang : Dataran Merdeka – kawat duri di Lebuh Pasar Besar dialih oleh orang ramai. Mereka kemudian mengalihkan penghalang plastik.
- Kira-kira 30 anggota polis yang bersenjatakan cota, perisai dan topeng gas bergerak membentuk benteng.
- Peserta dan polis kini bersemuka tanpa apa-apa di antara mereka. Ada yang bergambar manakala yang lain duduk di atas jalan menghadap polis.
- Komander polis bagi kawasan tersebut duduk di atas trak polis dengan pembesar suara tetapi belum mengeluarkan sebarang arahan.
- 3.21 petang : Lagi gas pemedih mata di tembak di kawasan Coliseum di Jalan TAR.
- 3.20 petang : Sebahagian peserta berundur ke jalan Pudu ekoran tembakan gas pemedih mata tadi.
- 3.10 petang : Masjid Jamek – lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Difahamkan beberapa peserta yang cuba melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka, telah ditangkap.
- 3.08 petang : Polis terpaksa lepas gas pemedih mata apabila peserta cuba rempuh halangan, demikian menurut tweet polis.
- 3.01 petang : Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak-Jalan TAR. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka.
Sumber : Beritasemasa com.
Wassalam, Wa'allahhualam.
COMMENTS