MAIN MENU

Footer Pages

9 Dis 2011

Jampi dan Doa Bagi Mencegah Sakit Kepala dan Migrain.

Bila sakit kepala sering menyerangi kita, jika terlalu kerap terjadi mungkin ianya sudah tidak disebut sakit kepala biasa, dalam bahasa perubatan disebut Migrin. Walaupun ada ubat penahan sakit disediakan di Hospital atau Farmasi namun ianya sekadar untuk bertahan sahaja.

Namun penyakit ini akan berulang dan terus berulang... paling penting sekiranya kita dapat berpantang dan menjaga pada alahan tertentu mungkin penyakit ini dapat di kurangkan sedikit bagi jarak waktunya. Seperti menjaga amalan makanan, menjaga waktu tidur yang betul dan menjaga persekitaran dan alahan-alahan yang lainnya.

Untuk itu ayat-ayat tertentu dibawah ini adalah doa yang baik untuk kita kongsikan sama dan dijadikan diamalkan. Sekiranya kita sering mengalami penyakit migrain ini.

Rawatan Untuk Kurangkan Sakit Kepala

1. Baca Surah Al-Fatihah (1x)
2. Baca Ayatul Kursi (3x)
3. Baca Surah Al-Ikhlas (3x)
4. Baca Surah Al-Falaq (1x)
5. Baca Surah An-Nas (1x)
6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3x)
7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3x)

* Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit. Amalkan sentiasa insyaallah. Artikel sekadar perkongsian. Sumber asal Kreadit : http://pakarhowto.com


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

3 ulasan:

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.