MAIN MENU

Footer Pages

10 Dis 2011

CARA MENGHILANGKAN TIDUR YANG BERDENGKUR!

Apakah anda termasuk orang yang jika tidur berdengkur? Tahukah anda, tidur berdengkur boleh menghilangkan kesegaran dan mengurangkan kualiti tidur anda. Kerana tubuh mengalami kekurangan oksigen. Tidur berdengkur adalah salah satu tanda dari terhalangnya pernafasan semasa tidur. Hal tersebut seperti yang diungkapkan oleh Arthur Kotch, MD, Pengarah Kesihatan The Sleep Disorders Center di Hospital Danbury, Connecticut.

Punca utama tidur berdengkur salah satunya adalah ketika rangkaian-rangkaian di balik kerongkong, yakni lidah dan langit-langit mulut saling bersinggungan, bergetar dan akhirnya menghasilkan bunyi dengkuran, pada kes yang lain, persinggungan rangkaian-rangkaian tadi boleh terus menghilangkan bekalan udara ke dalam badan kita . Ini yang disebut sleep apnea, iaitu tubuh mengalami kekurangan oksigen, yang boleh merosakkan jantung anda.

Orang yang gemuk dengan leher pendek biasanya tidurnya mengorok, kerana terdapat pengumpulan lemak yang menghalang saluran nafasnya. Orang kurus pun boleh saja mengorok, terutama jika pada dirinya ditemui kelainan seperti sinusitis, tonsil, atau mempunyai kelainan bawaan.

Orang yang tidur berdengkur biasanya sering terbangun pada malam hari. Keadaan seperti itu tentu saja boleh memberi kesan buruk pada kesihatan tubuh, kerana tidak mempunyai peluang untuk berehat dengan baik. Selain badan mudah lemah, mengantuk sepanjang siang har, hal itu juga boleh memberi kesan buruk pada libido.


Cara mengatasi mendengkur
 
Tidur dalam kedudukan sebenar didalam situasi ini, tidurlah dalam kedudukan mengiring agar anda tidak berdengkur. Kerana berdengkur biasanya berlaku apabila orang tidur dalam posisi terlentang, maka orang berdekatan boleh mengurangkan kebiasaan itu dengan menyerongkan badan pengorok. Tindakan ini dapat mencegah agar lidah tidak jatuh dan menghalang jalan nafas.
 

Elakkan minum alkohol, pil-pil penenang atau antithistamin beberapa jam sebelum tidur, yang membuat otot-otot kerongkong santai sejenak, sehingga menghasilkan dengkuran. Jika anda masih berdengkur setelah melakukan perubahan di atas, sebaiknya pergilah membuat pemeriksaan telinga, hidung dan tekak pada doktor THT.

Semoga artikel Menghilangkan Kebiasaan Tidur Mendengkur di atas bermanfaat bagi para pembaca setia. Sila dibincangkan dibahagian ulasan jika anda salah satu orang yang mempunyai kebiasaan tidur berdengkur - Sumber asal Kreadit : Smartnewz.


AAP - Memang membosankan kalau dapat teman tidur mendengkur, tak jadi tidur kita :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

4 ulasan:

  1. Anok buoh koi umur 6thn dah tido berdengkur..
    Kuat pulok tu..risa betol dibuatnye...
    Kena suh mok dia bwk jumpe doktor gek nmpok gayanye...

    BalasPadam
  2. Shinju - kalau beria elok juga jumpa dgn Doktor pakar telinga, hidung dan tekak. Cer chek kut ada yang tak kenanya yak :)

    BalasPadam
  3. ...mamaijat dah bebas dari ni......

    BalasPadam
  4. nasib bai koi x dengkor...selalunya org yg bertubuh besar kuat dengkur ek...

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.