MAIN MENU

Footer Pages

24 Nov 2011

Wanita Arab Saudi Dilarang Percantikan Mata (Bercelak)

Gara-garanya, seorang lelaki ahli jawatankuasa tertarik dengan wanita selepas melihat matanya.

Wanita Arab Saudi bakal dilarang mempercantik matanya yang indah dengan riasan. Jika ingin juga berbuat demikan, maka hukuman menanti. Sanksinya cukup serius. Boleh berupa denda atau hukuman sebatan.

Adalah disebabkan salah satu jawatankuasa berpengaruh di negara Islam ini, sedang melakukan pengajuan undang-undang untuk menetapkan hal tersebut. Committee for the Promotion of Virtue and the Prevention of Vice Saudi Arabia, yang mencadangkan larangan meriaskan mata.

Namun, Sheikh Motlab al Nabet, juru bicara dari jawatankuasa, mengungkap kalau pengajuan proposal untuk undang-undang tersebut, ditangguhkan. Diambil dari Daily Mail, yang mengandungi laporan dari salah satu laman berita tempatan, Bikya Masr, menyebut kalau cadangan dibuat selepas seorang ahli jawatankuasa tertarik dengan seorang wanita setelah melihat matanya, ketika sedang berjalan di jalan.

Hal ini lalu menimbulkan pergaduhan. Itu kerana, wanita tersebut sedang berjalan dengan suaminya. Si suami diketahui mengalami kecederaan serius akibat terkena tusukan semasa perkelahian.

Jawatankuasa yang ditubuhkan pada 1940 ini, sebetulnya berfungsi untuk memastikan undang-undang-undang-undang Islam tetap dijalankan oleh masyarakat Arab Saudi. Malangnya, beberapa cadangan polisi yang diberikan pihak jawatankuasa dianggap melanggar hak asasi manusia.

Seperti, pada 2002. Jawatankuasa melarang pelajar perempuan keluar dari sekolah yang terbakar di kawasan bandar Mekah, kerana para pelajar tidak memakai tudung dengan betul. (umi) VIVAnews


AAP - Kerayan juga kalau nengok orang perempuan bercelok tebal ngat gitu :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

3 ulasan:

  1. rasanya mata awek arab ni x payah bercelak pun dah menggetarkan jiwa :)

    BalasPadam
  2. AUC - betul doh tu sebab deme lebat bulu mata yak :)

    BalasPadam
  3. bercelak sunnah nabi...kenapa bercelak over tak boleh...setahu saya nabi tidak pernah berkata bercelak over itu haram. jika ia haram buktikan melalui dalil hadith sahih...wallahua'lam

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.