Seperti dilaporkan The Sun, Rabu (23/11/2011), sebuah agensi iklan di Jerman membuat iklan yang menggambarkan kerja mesin jika di dalamnya ada orang.
Iklan tersebut menayangkan mesin pengimbas lapangan terbang, ATM, mesin basuh, mainan kanak-kanak dan juga pam petrol, dengan orang yang bekerja di dalamnya.
Di dalam mesin pengimbas di lapangan terbang, seorang lelaki memeriksa Bagasi yang masuk dengan menggunakan lampu suluh. Sementara pada mainan anak, seorang anak kecil tampak tengah menaiki sebuah kereta mainan, sementara di bawahnya ada seorang lelaki yang sedang mengkayuh pedal, layaknya basikal.
Menarik lagi di dalam mesin basuh, seorang wanita tampak bersusah payah sedang mencuci dengan menggunakan papan, sementara ada seorang lelaki yang memasukkan baju ke mesin tersebut.
Iklan yang diperuntukkan syarikat pengambilan di Jerman ini sebenarnya ditayangkan pada tahun 2009, tapi kini iklan tersebut semakin popular.
Slogan iklan tersebut sangat mudah, 'Hidup ini terlalu singkat untuk berada di pekerjaan yang salah'.
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :
bawok ke sungai libas-libas atas batu, mudoh ngat basuh kainnnn
BalasPadamCemomoi - hahaha kome jauh ngan sungai :)
BalasPadam