Hari yang mungkin pelik untuk ramai orang kerana waktu tarikh yang
cantik. :cool: Tapi saya personally tak rasa apa2pun. Ia cuma tarikh.
Kalau kita tukar ke tarikh Hijri yang diguna pakai umat Islam
(14/12/1432) Apa2pun ramai mengambil kesempatan jadikan hari ini untuk suatu
perkara yang penting pada pendapat mereka termasuk perkahwinan dan
kelahiran. Mengikut laporan Agensi, beribu-ribu pasangan di China akan
melangsungkan perkahwinan hari ini kerana mereka menganggap 11/11/11
sebagai tarikh bertuah. Akhbar Shanghai Morning Post melaporkan lebih 3,000 pasangan membuat tempahan untuk berkahwin di bandar raya ini.
Peluang untuk berkahwin pada tarikh yang mengandungi barisan angka 1
itu, kata akhbar berkenaan, cuma datang sekali dalam tempoh satu abad. Keghairahan sama turut dilaporkan di bandar-bandar lain di China
dengan lebih 400 pasangan menempah untuk berkahwin di bandar raya
Wuhan, tengah China. Di bandar Jinan, timur China pula lebih seratus pasangan merancang untuk berkahwin pada tarikh tersebut yang dianggap bertuah.
Peluang untuk berkahwin pada hari ini yang memiliki tarikh 11/11/11
cuma datang sekali dalam seumur hidup, kata seorang pengantin lelaki,
Wang Qiang. Saya dan pasangan saya tidak akan membiarkan peluang ini terlepas, tambahnya. Dalam perkembangan lain di Terengganu pula ;) dalam satu kebetulan
yang menarik, bayi yang lahir hari ini di Terengganu akan mempunyai
empat set nombor 11 bagi lapan digit pertama MyKad dan sijil kelahiran
mereka.
Selain nombor 111111 bagi hari, bulan dan tahun kelahiran mereka,
bayi di Terengganu juga akan mempunyai satu lagi set nombor 11 iaitu
bagi menandakan kod negeri Terengganu. Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Terengganu, Nafisah Abdullah,
berkata bayi yang lahir antara 12 pagi hingga 11.59 malam ini di
Terengganu, akan mendapat nombor kad pengenalan dengan senarai angka
berkenaan, tidak kira sama ada ibu bapa mereka berasal dari negeri ini
atau tidak.
Bayi yang dilahirkan sebelum atau selepas tempoh itu tidak dibenarkan
menukar tarikh dan masa kelahiran, katanya ditemui di sini, semalam. Ditanya sama ada berlaku perubahan dalam kaedah pemberian nombor
MyKad pada masa depan, beliau berkata, kurang kemungkinan ke arah itu
kerana ia sudah digunakan dengan berkesan sejak lebih sedekad lalu.
Kami sentiasa memberi keutamaan untuk menambah baik mutu MyKad. Kita
tidak lihat masalah dengan sistem nombor sedia ada, malah ia dapat
digunakan tanpa masalah ketika kita melalui peralihan milenia 11 tahun
lalu, katanya. Rekod JPN negeri menunjukkan purata 60 bayi dilahirkan setiap hari di Terengganu.
Tak perlu over taksub benda ini, seperti yang di quote dari Ustaz Azhar Idrus
Dalam satu kebetulan yang menarik, bayi yang lahir hari ini di
Terengganu akan mempunyai empat set nombor 11 bagi lapan digit pertama
MyKad dan sijil kelahiran mereka. Selain nombor 111111 bagi hari, bulan dan tahun kelahiran mereka,
bayi di Terengganu juga akan mempunyai satu lagi set nombor 11 iaitu
bagi menandakan kod negeri Terengganu. Pengarah Jabatan Pendaftaran
Negeri Terengganu, Nafisah Abdullah, berkata bayi yang lahir antara 12
pagi hingga 11.59 malam ini di Terengganu, akan mendapat nombor kad
pengenalan dengan senarai angka berkenaan, tidak kira sama ada ibu bapa
mereka berasal dari negeri ini atau tidak. Bayi yang dilahirkan
sebelum atau selepas tempoh itu tidak dibenarkan menukar tarikh dan
masa kelahiran, katanya ditemui di sini, semalam.
Ditanya sama ada berlaku perubahan dalam kaedah pemberian nombor
MyKad pada masa depan, beliau berkata, kurang kemungkinan ke arah itu
kerana ia sudah digunakan dengan berkesan sejak lebih sedekad lalu. Kami sentiasa memberi keutamaan untuk menambah baik mutu MyKad. Kita
tidak lihat masalah dengan sistem nombor sedia ada, malah ia dapat
digunakan tanpa masalah ketika kita melalui peralihan milenia 11 tahun
lalu, katanya. Rekod JPN negeri menunjukkan purata 60 bayi dilahirkan setiap hari di Terengganu. credit:www.bharian.com.my
AAP - Agaknya kalau hari ini jatuh pada hari sabtu dan ahad mungkin ramai yang akan melangsungkan perkahwinan mereka... bagi negeri-negeri yang mmg bercuti pada hari ini sememang tidak akan melepaskan tanggal ini. Kenapa perlu percaya pada nombor? :)
Wassalam, Wa'allahhualam.
Salam hormat dan ikhlas daripada :
Sallam En Yassin,
BalasPadamSaya pun tak rasa apa pada tarikh tu, 10-10-10 pun tarikh lahir saya, pun saya tak rasa apa..apa ada pada angka..cuma semakin lama dia akan semakin banyak.
Lipislady - betul ngat tu apa ada pada tarikh yak :)
BalasPadam