MAIN MENU

Footer Pages

11 Nov 2011

RAHSIA MENYEMBUH SAKIT GIGI

Memang tidak di nafikan bila sakit gigi... semuanya tak kena bila bunyi bising semua nak marah... hatta cicak yang berbunyi pun marah.. ayam yang berkokok kat rumah silap-silap boleh kena lempor dengan kayu... kalau tengah sakit gigi nie huhuhu....

Penyebabnya kerana gigi berlubang dan ada sisa-sisa makanan yang menetap di gigi, yang disebabkan bakteria di mulut diubah menjadi asid yang membentuk plak. Plak ini mengandungi mikroorganisma yang mengikis e-mel gigi yang kemudian menyebabkan gigi berlubang.

Awalnya, lubang gigi kecil dan tidak dirasakan oleh si pesakit, sekiranya ia makan sesuatu yang manis, sangat sejuk, atau sangat panas, ia akan merasakan ngilu. Dari hari ke hari lubang ini makin lama makin besar sehingga berlaku keradangan yang mengenai saraf gigi dan pesakit pun mengalami sakit gigi.

Selain kerana gigi berlubang, sakit gigi boleh disebabkan tumbuhnya gigi geraham bongsu. Bagaimana mengatasinya? Cubalah kumur dengan air hangat (suam-suam) yang diletakan sedikit garam, cara ini mungkin dapat mengurangkan rasa sakit.

Cara lain, ambillah kapas dan celupkan ke minyak cengkih. Letakan kapas itu ke gigi yang berlubang. Minyak cengkih mengandungi minyak atsiri yang berkhasiat sebagai anestesi tempatan sehingga dapat menghilangkan sakit gigi sementara waktu. Minyak lain yang biasa di gunapakai minyak cap kapak. Hati-hati jangan menggunakan cara ini lebih dari 3 hari kerana boleh mencederakan gigi.

Cara tradisional lainya, ambillah daun jambu biji ( jambu batu). Cuci bersih, lalu lumatkan. Letakkan ramuan di gigi yang sakit. Sama seperti minyak cengkih, daun jambu biji mengandung minyak atsiri yang berkhasiat anti radang dan penghilang rasa sakit.

Jika cara ini tak sembuh juga, sebaiknya, anda pergi aje ke doktor gigi. Mungkin ada gigi yang berlubang dan lubang itu bukan sekadar lubang kecil, tetapi sudah meradang hingga mengenai saraf gigi.

Jika absesnya terjadi pada akar gigi, sakitnya tentu hebat sekali. Justeru, anda mesti segera berjumpa doktor gigi. Tak perlu takut kerana peralatan doktor gigi sekarang sudah begitu canggih sehingga tidak lagi menyakitkan.
Kalau ke klinik swasta tentu bayaranya lebih sikit tapi berpadananlah dengan perkhidmatan yang diberikan :)

AAP - Cara lain paling berkesan kalau sakit gigi pergilah cabut aje... :) keknya ramai juga yang takut nak mencabut gigi nei hehehe :) Rasa takut aje yang lebih... padahal tidaklah sakit mana mencabut gigi ini  :) sakit lagi kalau menanggung rasa sakit gigi tu :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

4 ulasan:

  1. sakit time dicucuk bius je...ngilu & ngeri coz doc cucuk kt gusi....pastu dh kebas x rasa sakit time cabut gigi tu

    BalasPadam
  2. Betul tu amatarese... rasa takut aje yang lebih kut :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Esok nak pi cabut gg tak sanggup aku menahan kesakitan ni.huhuhuhu

      Padam
  3. mmang kena cabut ni gigi...tak bole nak tahan..iks iks iks...

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.