MAIN MENU

Footer Pages

15 Nov 2011

MEMAHAMI MAKNA TERSIRAT DISEBALIK KATA-KATA SEORANG WANITA.

Dibawah ini ada bahasa dan percakapan orang permpuan yang mana orang lelaki kena faham akan maksudnya... mungkin bahasa ini untuk pasangan yang baru berkenalan dan bercinta bahasa orang dah kahwin lain laa pulak :)

1)Kalau pompuan kata : oklah wak, kita sembang lain kali yek.
Maknanya : dah le tu…maleh dah nak sembang ngan ko..boring!
 

2)Kalau pompuan kata : tak pe, saya tak kisah..
Maknanya : sape kata aku tak kisah?
 

3)Kalau pompuan kata : kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je
Maknanya : aku memang tak nak kat ko..kalo cakap kang penyek plak muka tu..
 

4)Kalau pompuan kata : eh….u call ekk? i tak de receive call dari u pun…
Maknanya : memang no ko naik tapi saja aku malas nak jawap
 

5)Kalau pompuan kata : lain kali je la kita keluar,i bz la sekarang ni…nanti i free i call u, kay?
Maknanya : aku tak nak keluar ngan ko,tak reti2 bahasa lagi ke?
 

6)Kalau pompuan kata : i sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya :sape kata aku tak memilih….please. .kalo nak makan pun harap aku belanja, boleh blah la…
 

7)Kalau pompuan kata :i tak kisah penampilan u macamana pun
Maknanya : ya Rabbi!selekehnya pak we aku…
 

8)Kalau pompuan kata : lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik balik cepat la…ada hal…
Maknanya : inilah first and last aku keluar ngan ko…
 

9)Kalau pompuan kata :saya suka lelaki yg mcm ni…mcm tu..bla…bla. ..bla…
Maknanya : excuse me! ciri2 tu tak de kat ko..so..paham2 sendiri la
 

10)Kalau pompuan kata : u keje kat mana? as what?
Maknanya : kalo setakat keje ntah hapa2 tak payah le ngorat aku…

Sumber Kreadit : Mama Cantik

AAP- Bila sudah faham akan maksud tersirat... semoga anda lebih faham apa sepatutnya kena buat :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

5 ulasan:

  1. kalau dah kawin, tak payah nak sibuk2 ngorat pompuan lain lah kan..

    BalasPadam
  2. rumit gak nak faham pemikiran yang tersirat ni.. hehee.. pernah gak gne ayat2 tersirat ni, sbb nk terus terang takut kecik hati.. tapi orang tu tak pernah faham.. huhuu..

    BalasPadam
  3. tak mboh paham sebab kena buat-buat tak paham... pompuan hati lembut mudoh cair lelama sok lekat juga ke kita

    BalasPadam
  4. Kas cepat ngat pahamnya kerenoh org pompuan ni hehe..

    BalasPadam
  5. salam Yassin..
    gitulah orang pompuan
    realiti kita tak kan
    faham sampai bila -bila
    he he..

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.