MAIN MENU

Footer Pages

15 Nov 2011

10 CARA MUDAH AGAR ANDA LEBIH BERASA BAHAGIA

Banyaknya persoalan tentang kehidupan yang sering kita alami seringkali membuat fikiran dan perasaan kita begitu terusik dan terasa, tidak kurang bagaikan menyiksa. Akibatnya, kita sering kali kurang rasa bahagia dan ceria.

Apabila kita sering kali mengalami situasi seumpama itu, jangan terus merasa putus asa. Sebab, semua masalah boleh dicari jalan penyelesianya. Kita semua pun boleh terlepas dari suasana tidak menyenangkan dan membina kembali kebahagiaan dengan cepat.

Sejumlah pakar psikologi Amerika Syarikat berusaha mendedahkan rahsia kebahagiaan manusia. Hasilnya, mereka mendapati 10 cara agar anda merasa lebih bahagia, seperti yang dimuatkan dalam Jurnal "The Science Psychology."

Cara untuk mendapatkan kebahagian juga tidak sukar. Merasa bahagia boleh bermula dari hal-hal kecil. Menurut kajian itu, orang-orang yang dapat menikmati kebahagiaan melalui hal-hal remeh, justeru boleh lebih mudah mengatasi penyakit. Sehingga, mereka yang boleh menikmati kebahagiaan walaupun yang hal kecil, usianya lebih panjang sekitar tujuh tahun.

Berikut ini adalah sepuluh fakta yang boleh anda lakukan untuk mencapai kebahagiaan:

1. Senang berkongsi fikiran dengan orang lain.
2. Bercerita tentang kenangan menyenangkan
3. Jangan takut memuji diri sendiri.
4. Memfokuskan hati dan fikiran pada sesuatu yang menyenangkan.
5. Fikirkan segala sesuatu dengan positif.
6. Lakukan hal-hal yang dapat mengubah mood negatif menjadi positif, misalnya melakukan hobi atau sebarang hobi yang bermanfaat bersama teman-teman.
7. Berani menjadi bahagia, walaupun suasana tidak menyenangkan.
8. Raikan kejayaan yang anda capai dalam kehidupan.
9. Jangan murung, jangan takut, dan jangan ragu-ragu.
10. Katakan 'terima kasih' sekerap mungkin dan memperbanyakkan memberi salam.

Insyaallah kita akan menjadi bahagia dan ceria :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.