Pencemaran bakteria terjadi tersangat cepat. Bahkan, lebih cepat dari gerakan refleks kita. Dalam kajian terbarunya, Paul Dawson, saintis bidang makanan dari Clemson University, sengaja mencemar lantai seramik, lantai kayu, dan karpet dengan bakteria Salmonella. Kemudian Paul dan murid-muridnya menjatuhkan beberapa potong roti ke lantai tersebut selama tempoh 5-60 saat.
Setelah diteliti didalam kajian tersebut, makanan yang telah terjatuh selama 5 saat ternyata telah tercemar 1800 bakteria. Sedangkan makanan yang jatuh selama 1 minit, jumlah bakterinya meningkat 10 kali ganda. Bagaimana jika makanan dibiarkan jatuh sehingga melebihi 5 minit?
Menurut sumber keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar. Di negara kita dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).
Kecuali jika anda selalu membersihkan lantai setiap jam dengan cecair anti-kuman, sebaiknya makanan yang sudah jatuh dibuang saja. Jangan juga berfikir kalau meja dapur itu bersih. Paul pun mendapati bahawa Salmonella boleh bertahan selama 4 minggu. "Buah, sayur, dan unggas adalah makanan yang paling mudah terkena bakteria ini,"
Moralnya makanan yang telah jatuh ke lantai jika dianggap selamat dimakan, bila diambil kembali dalam tempoh segera atau lima saat Ini adalah cakap kosong yang selalunya dilakukan oleh ramai orang.
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.