MAIN MENU

Footer Pages

29 Nov 2011

5 TIPS PEMAKANAN MEMBUATKAN ANDA AWET MUDA

Untuk kelihatan awet muda tidak dinafikan amalan dan pengaruh permakanan amat mempengaruhinya selain faktor usia, kesihatan, keceraian, dan sebagianya.

"Pilihan yang salah boleh menyebabkan keradangan pada sel kulit," sumber dipetik daripada Dermatolog Nicholas Perricone, yang juga menulis buku Forever Young. Buku ini memberikan maklumat, dengan memilih menu yang sesuai dan boleh membuatkan anda kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya.

"Sementara anda tidak dapat melihat kesannya, keradangan menyebabkan kulit berkerut, mengendur, juga penuaan," katanya. Disunting daripada laman Detail, berikut adalah 5 jenis makanan yang baik untuk membuat anda kelihatan lebih muda atau awet muda.

1. Ubi
Beta-karotena, yang memberikan warna orange kekuningan pada ubi, bermanfaat untuk menyeimbangkan kadar pH pada kulit, mencegah kekeringan, dan menggalakkan pertukaran kulit. Semua itu akan membuat kulit anda menjadi lebih halus.

2. Ikan Salmon
Astaxantin, pigmen yang membuat ikan salmon berwarna pink adalah musuh terkuat untuk menangkal radikal bebas. Itu adalah molekul jahat yang boleh merosakkan membran sel dan DNA sehingga membuat kulit kelihatan kusam dan penuaan awal. Sebuah kajian menunjukkan sekurang-kurangnya mengambil sekali dalam tempoh lima hari ikan salmon boleh mencegah actinic keratosis, fail yang buruk dan kasar yang juga tanda awal kanser.

3. Tomato
Likopen, pigmen yang memberi warna merah pada tomato, adalah antioksidan yang bagus untuk menangkal kerosakan kulit akibat sengatan sinar matahari, seperti krim tabir suria, tetapi bekerja dari dalam ke luar. Untuk mendapatkan hasil kerja yang lebih baik, makan tomato bersama-sama dengan minyak zaitun.

4. Limau
Vitamin C yang terkandung pada limau menghasilkan kolagen, komponen-komponen penting untuk kelihatan lebih muda, di mana kolagen biasanya berhenti dihasilkan saat usia lebih daripada 20 tahun. Selain itu limau juga mengandungi bioflavonoid yang melindungi kulit dari sinar matahari dan mencegah kematian sel kulit.

5. Sayuran hijau
Bayam, kangkung, dan sayur-sayuran hijau yang lain mengandungi lutein yang melindungi kulit dari sinar matahari yang menyebab keradangan dan keriput.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

2 ulasan:

  1. salam..
    No-4 tu kalau orang pompuan dia
    ingat alah tu..pasti dia ingat
    Jeruk yang di jual di kedaai yang
    bercaampur gula dan karbonat..

    JERUK kalau ikut bahasa Indon
    adalah limau dan sesuatu yang
    masam yang menghasilkan vitC

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.