“Keperibadian yang ditunjukkan oleh Hang Tuah berjaya mewujudkan perpaduan pelbagai kaum yang ada di Melaka seterusnya menjadikan Melaka berkembang menjadi sebuah empayar yang terbilang di seluruh dunia terutama dari hubungan politik, perdagangan dan ekonomi, katanya ketika berucap merasmikan Festival Hang Tuah di Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka di Bandar Hilir di sini, malam tadi. Bernama
AAP - Jika disorot kembali akan kisah Hang Tuah seperti yang telah tercatat didalam kisahnya beliau sanggup membunuh rakan sepermainannya Hang Jebat walaupun dia tahu Hang Jebat tak bersalah dan semua ini dilakukan hanya kerana Jebat ingin membalas dendam di atas "kematiannya" (Hang Tuah). Kisah seterusnya menggunakan tipu helahnya dengan menggunakan ilmu pengasih ke atas Tun Teja dan melarikannya untuk diserahkan kepada Sultan sedangkan Tun Teja adalah tunangan orang. Kisah lainnya beliau pandai membelai jiwa dan mengambil hati Sultan. Di antaranya sanggup masuk kedalam lubang najis hanya kerana ingin menyelamatkan kuda kesayangan Sultan. Sebenarnya banyak lagi kisah yang menarik cukup satu dua kisah diatas dibuat bandingan dan direnung-renungkan.
Jika sejarah mengatakan sebegitu bolehkah kita mengubahnya?
Dari Melaka ke Negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan
Jika sejarah telah terkarang
Buruk baik dibuat bandingan.
AAP - Apalah nasib Hang Jebat?
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :
suka dengan sikap megat panji alam yg datang untuk menuntut semula tunangnya dari sultan melaka...
BalasPadamkalau ikut agama kitalah, hang tuah mesti tau dosa melarikan tunang orangkan?
lebih suka pada hang Jebat dari hang tuah...
Santri T.P.I.N.I - Setuju dgn pandangan anda.
BalasPadamMcm yg pernah saya tulis di forum PCC dulu, sbg org Pekan,saya x pernah sukakan Tuah mahupun kagum ngn beliau... Jgn pernah sebut nama itu di Pekan...huhuhu
BalasPadamCik Shinju - koi ingat org Jerantut aje gitu hehehe :)
BalasPadamMasih banyak lagi puak keturunannya di Pahang ini.
BalasPadamTafsiran serta persepsi orang Melayu ada berbagai & terpulang pada penerimaan masing-masing...dua-dua pun ada kelebihan dan kekurangan.
BalasPadamsalam Yassin..
BalasPadamzaman berubah...dulu raja berkuasa mutlak sebelum tibanya sistem berpelembagaan seperti hari ini..rakyat tidak mampu bersuara pada zaman itu..kesetiaan adalah kebesaran orang besar raja..jadi apa kata raja adalah mutlak..sekarang lain kita semua boleh bersuara melalui sistem raja berpelembagaan ini.Jadi mengikut suasana masa dahulu Hang Tuah perlu di contohi (pada zamannya)dan Hang Jebat kekal penderhaka.
dalam pemerintah zaman ni biarlah aku menjadi Hang Jebat
BalasPadam