MAIN MENU

Footer Pages

25 Sep 2011

Makin Ramai Suami Didera Isteri

Bilangan suami menjadi mangsa dera isteri semakin membimbangkan, malah aduan diterima meningkatkan sejak kebelakangan ini. Fenomena itu didedahkan Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Fadhlina Siddiq pada majlis mesra Aidilfitri Wadah-Abim-PKPIM, di sini, semalam.

Menurutnya, jika dulu lelaki adalah pelaku dalam banyak kes dilaporkan, tetapi kini penderanya wanita.“Abim pusat kerap menerima laporan golongan suami yang mengadu diri mereka dicederakan oleh isteri. “Ada kes dirujuk kepada pihak kami apabila suami mengadu dipukul isteri menggunakan objek keras seperti batang pengelap lantai dan mangga kunci. “Secara tidak langsung kami melihat ia sebagai penanda aras banyak kes keganasan rumah tangga kini dilakukan kedua-dua pihak. Ini kerana isteri hilang rasa hormat dan tak takut kepada suami, menyebabkan isteri berani menggunakan kekerasan,” katanya.

Beliau juga mengatakan, jika dulu penderaan dalam rumah tangga hanya tertumpu kepada emosi, sekarang ia cenderung kepada penderaan fizikal dan keganasan seksual. Menurutnya, kursus pasca perkahwinan perlu diadakan dan bukan mengharapkan kursus praperkahwinan semata-mata bagi membantu mengukuhkan institusi kekeluargaan. “Pasangan perlu kaji semula aspek merangkumi komunikasi, pengurusan ekonomi keluarga dan ikatan kasih sayang setiap lima tahun mereka mendirikan rumah tangga. “Ia selaras dengan peredaran masa kerana kemungkinan komitmen akan bertambah berat selepas keluarga mula berkembang,” katanya. Katanya, ini mengakibatkan pasangan tidak dapat mengimbangi tanggungjawab sedia ada dan akhirnya menimbulkan konflik dalam hubungan dan seterusnya menyumbang kepada berlakunya peningkatan kes perceraian.

Usaha Abim membantu pihak berkenaan ialah dengan melancarkan program pembangunan komuniti (Tanmiyah al Mutafakkir). “Melalui program aduan panggilan telefon meminta khidmat nasihat dalam mendapatkan perlindungan mengenai isu keganasan rumah tangga akan diteliti kumpulan peguam syariah Abim. “Secara tidak langsung, ini satu usaha menjadikan program ini pusat sehenti Muslim iaitu rujukan dan perlindungan dalam membantu mangsa kes sebegini,” katanya.- myMetro Online

AAP - Sekadar renungan .. Ingatlah ada empat jenis lelaki yang akan ditarik orang perempuan ke Neraka antaranya Suaminnya - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya, si suami hanya mendiamkan diri dengan perbuatan isterinya yang jelas melanggar perintah agama. Jika begini, tiada gunanya jika si suami mentaati perintah Allah kerana dia akan ditarik oleh isterinya ke dalam neraka.- Moralnya isteri kena baik laku juga.

Orang perempuan cukup mudah masuk ke syurga berbanding org lelaki Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )

Malang disana nanti dikhabarkan ramai org lelaki yang masuk syurga jika dibandingkan org perempuan. Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka."

AAP - Mungkin orang perempuan dulu-dulu ada menggunakan doa atau amalan tertentu supaya si suami menjadi lembut hatinya dan seterusnya tunduk didalam ertikata menyangi isterinya... Dunia hari ini apa nak kata bila mereka sudah tiada ilmu, jahil bab agama dan hukum hakam. Sudah mengambil jalan singkat terus mendera suami secara terang-terangan :(

Berat kes ini :( Janganlah pulak orang lelaki berasa takut nak beristeri :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

8 ulasan:

  1. btoi lor.. cian suami.. dan sekarang ni plak.. bini curang pon bercambah.. sungguh membahayakan kesihatan masyarakat sejagat.. hhuhu

    BalasPadam
  2. kesian sungguh si suami... hhuhu

    BalasPadam
  3. salam..
    jika kembali ke jalan Allah
    mengikut Al-Qura dan sunnah
    semua perkara menjadi mudah belaka

    BalasPadam
  4. Bagi saya, berlakunya kejadian seumpama itu, puncanya adalah dari sang suami. Seorang suami kena perkasa dan peramah. Misalnya, tuntutlah ilmu beristeri empat sekalipun mampunya hanya satu.

    BalasPadam
  5. dunia semakin hampir ke penghujungnya

    tp bila di baca rasa macam tak lojik pulak, walupun itulah kenyataanya kan?

    BalasPadam
  6. Pompan ganas2 skrg..
    Mcm citer 'Bini2ku Gangster' la pulop..huhuhu

    BalasPadam
  7. Assalam..

    Perempuan skrg bukan mcm dulu lagi..

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.