MAIN MENU

Footer Pages

5 Sep 2011

JALAN JERANTUT BENTA MASIH TERBENGKALAI.


Keratan Harian Metro Jumaat 2 September 2011


Mungkin bagi penduduk Jerantut khasnya dan mereka yang sering menggunakan jalan ini amnya. Mungkin sudah bosan untuk  membicarakan soal jalan Jerantut - Benta ini. Sudah berbagai keluhan dan rungutan telah dibuat namun yang terbengkalai terus sahaja  terbengkalai...  Mungkin entri berkaitan ada DISINI atau DISINI atau DISINI :( ada penjelasannya.

Untuk rekod jika di imbau sejarah lampau Jalan Jerantut - Benta ini dibina sekitar tahun 1918 bagi menghubungkan Kuala Lipis yang ketika itu menjadi ibu negeri Pahang dengan Bandar Diraja Pekan. Selepas itu jalan ini hanya diselenggarakan sahaja sekadar tutup lubang gali lubang untuk rekod juga jalan ini tidak penah di naik taraf sehingga ke hari ini walaupun kita sudah 54 tahun merdeka.

Siapa yang bertanggungjawab untuk menjawab segala persoalan ini? Rakyat terus menunggu dan dibelenggu :(  pengguna kereta juga sering mengalami kerosakkan keretanya sendiri... tidak kurang kemalangan juga sering berlaku dan meragut nyawa kerana keadaan jalan yang rosak teruk dan amat mendukacitakan. :(

Sesekali elok juga rasanya para pembesar kita melalui jalan tersebut. 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

14 ulasan:

  1. entah berapa pilihaya dah tak siap2 pun

    anak kome kalu lalu situ muntoh sokmo weh, balik baru ni pun muntok jugak

    BalasPadam
  2. AUC- anak kome juge tobat tak emboh lalu jalan ini... sudah tak balik juga kg. halaman tok aki deme :(

    BalasPadam
  3. salam..
    ermm..dah dekat nak PRU-13 nih
    tak lama molek balik la jalan tu koi rasa..he he

    BalasPadam
  4. takut karam singh pon karam kat jerantet ter

    BalasPadam
  5. Zul - itu juga maknanya sudah 13kali jalan ini digembar gemburkan utk di naik tarafnya huhuhu....

    BalasPadam
  6. Comomoi - koi LIKE ngat ayat aok te :)

    BalasPadam
  7. sejak rege tiket bas lin siong teh rm3.30, sampai sekarang ni regenye ntah berape ntah, jalan teh macam tu jugok lah.. bukan ke dah diwarta kan jadi warisan dunia, ke warisan ape ke baru2 ni..

    BalasPadam
  8. Hisyam - kalau dah jadi harta warisan dunia elok di biarkan aje yak... hehehehe... kalau direpel tak jumpa dah jln gitu :)

    BalasPadam
  9. Kalau tak ada org nak jawab bior kas yg jawab. Jawabannya terjawab bila PRU 13 diumumkan. Kamu pengundi DUN Benta dan Batu Balai tidak mengelat bila mengundi nanti.

    BalasPadam
  10. baru ni kawan lalu ikut Mela - Jerantut

    BalasPadam
  11. Insaf lalu jln Jerantut - Benta..

    Kalu ada Sungai..ikut Sungai lagi baik..

    BalasPadam
  12. Relevan - kalau dan insaf mmg mudah bertobat hehehe... tobat tak lalu :)

    BalasPadam
  13. Pada Saban Minggu, Saya melalui jalan ini. Samada ke sekolah anak atau balik kampong di Klau. Terasa kadangkala seperti kita dianak tirikan. Setiap kali membawa anak melaluinya atau ibu tua, sudah pasti mabuk free dan muntah.

    Tak pasti samada wakil rakyat kita baik di Dewan Undangan Negeri ataupun Parlimen, biasakah mereka melaluinya. Nak dengar juga mereka bahaskan di dewan undangan atau parlimen. Buat sekerat kemuadian kontrak pun cau...kasihanilah kami khasnya pemastautin di kawasan ini.

    BalasPadam
  14. Saya amat bersimpati dgn anda dan mereka yang lainnya. Semoga perkara ini ada jalan penyelesiannya secepat mungkin. Moralnya kegagalan menyiapkan jalan ini adalah KEGAGALAN mereka yang telah kita berikan amanahnya dan pertanggujawabkan kepada mereka.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.