MAIN MENU

Footer Pages

4 Sep 2011

GAMBAR DAN BIODATA AHMAD BIN KOTOT

Mungkin ramai yang tidak mengenali siapa Ahmad Bin Kotot, terutama mereka yang bukan di dalam bidang pendidikan, khususnya sastera serta jenarasi muda hari ini terutama di Negeri Pahang itu sendiri. Disebabkan itu, kehadiran buku yang dihasilkan oleh Dr Anwar Ridhwan ini, mengisi kekosongan dan sekali gus mengenalkan penulis yang menghasilkan novel hikayat ini.

Dalam Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, dicatatkan bahawa Ahmad bin Kotot bin Man dilahirkan pada 10 Jun 1894 di Kampung Lecok, Mukim Tanjung Besar, Kuala Lipis, Pahang. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Tanjung Besar, Kuala Lipis, dari 1909 hingga 1914 dan lulus darjah lima.

Ahmad Kotot pernah menjadi guru sementara di Sekolah Melayu Tanjung Besar dan Sekolah Melayu Batu Yon, kedua-duanya di Kuala Lipis. Pendidikan formal tertingginya ialah dari 1916 hingga 1918 di Maktab Melayu Melaka. Beliau juga pernah menjadi pengetua beberapa buah sekolah dari 1919 hingga 1941.

Berdasarkan rekod perkhidmatannya, besar kemungkinan novel terkenalnya, Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan, mula ditulis sama ada dalam akhir perkhidmatannya di Sekolah Melayu Batu Talam, Raub (1925) ataupun dalam tahun awal perkhidmatannya di Sekolah Melayu Kampung Baru, Kuantan (1926). Selepas bersara pada 1946, Ahmad Kotot membuat perusahaan kecil di Jerantut. Akan tetapi kehidupan hari tuanya yang relatif panjang dikembalikan kepada cara hidup kampung pedalaman, hingga beliau meningggal dunia pada 24 Januari 1993 pada usia 99 tahun.

Allahyarham bukanlah penulis yang prolifik. Ahmad Kotot sangat percaya bahawa salah satu fungsi utama karya sastera ialah mendidik pembacanya. Novel Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan dimulai pendahuluan yang berbunyi:

Adapun hikayat ini dikarangkan ialah hendak memberi kesukaan kepada anak-anak muda bangsaku moga-moga tertarik hatinya kepada gemar membaca kitab-kitab atau hikayat-hikayat, syair-syair dan sebagainya sambil itu terpungutlah akan perkataan dan maksud yang berguna dan berfaedah 'seumpama meramas kelapa, hampas dibuang diambil patinya' demikianlah juga tentang riwayat di dalam hikayat ini. Dr Anwar Ridhwan menganggap novel ini ibarat benih yang baik, walaupun hanyut puluhan tahun tanpa kesan, kemudian pada 1975 ia terdampar di pantai wacana sastera lalu terus subur diperkatakan dari masa ke masa.

Dalam penulisan, beliau pernah menggunakan nama pena A.N.P., Damba, ABKA Pahang, Alif Ba Ta, Ahmad Batu Talam, Anak Negeri Pahang, Intan Dikarang Di Negeri Pahang dan Malim Karimun. Di samping novel, beliau juga menghasilkan beberapa cerpen seperti Bapa Tiri dan Anak Tiri, Hikayat Perang Mambang dengan Usul di Kota Gelanggi Pahang dan Sejarah Tanjung Besar Kuala Lipis.

INFO
Tajuk: Ahmad Kotot: Penulis Novel Hikayat
Penulis: Anwar Ridhwan
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Harga: RM10
Kreadit http://cyberita.asia1.com.sg

Jasa-jasa Ahmad bin Kotot tidak pernah dilupakan. Yayasan Pahang pada tahun 1984 telah  menganugerahkan kepadanya Anugerah Sastera. Pada tahun 1984 juga beliau dipilih menjadi Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan.

Biodata
Nama            :    Ahmad bin Kotot
Tarikh Lahir    :    1901
Tempat lahir   :    Kampung Licok, Mukim Tanjung Besar, Kuala Lipis, Pahang Darul
                         Makmur.

Isteri             :    Hajiwah bt. Imam Adom
Bilangan Anak :     4 orang anak
Pendidikan   
  • Mendapat pendidikan hingga darjah 5 di Sekolah Melayu Tanjung Besar, Kuala Lipis pada tahun 1909 hingga 1914.
  • Dalam tahun 1916 hingga 1918, beliau telah memasuki Maktab Melayu Melaka.

    Kerjaya
  • Guru di Sekolah Melayu Gua, Kuala Lipis.
  • Pada akhir tahun 1918, beliau telah dilantik sebagai pemangku Guru Besar di Sekolah Melayu Kuala Lipis.
  • Dari Januari 1919 hingga 1925, beliau telah dilantik sebagai Guru Besar di Sekolah Melayu Batu Talam. Kemudian telah berkhidmat pula di Sekolah Melayu Kota Baharu, Kuantan.
  • Mulai Januari 1936, beliau telah mengajar di Sekolah Melayu Budu, Kuala Lipis hingga 9 Disember 1937. Dari tahun 1938 hingga Oktober 1940, beliau telah mengajar pula di Sekolah Melayu Ulu Dong, Raub.
  • Pada bulan November pada 1940 hingga Oktober 1941, beliau juga telah mengajar di Sekolah Melayu Pedah, Jerantut. Selepas pendudukan Jepun, beliau telah dilantik sebagai Guru Besar di Sekolah Melayu Kampung Baharu, Jerantut sehingga 31 Disember 1948.

    Karya Penulisan
  • Pada tahun 1927, novelnya bertajuk Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan atau Yazid Asyik Masyuk Akan Zamrud telah diterbitkan.
  • Novel-novel yang lain adalah Hikayat Perang Mambang Dengan Usul di Kota Gelanggi Pahang pada tahun 1931 dan Sejarah Tanjung Besar Kuala Lipis pada tahun 1936. Beliau juga telah menghasilkan sebuah cerpen berjudul Bapa Tiri Dengan Anak Tiri.
  • Ahmad b. Kotot juga menulis rencana yang dimuatkan dalam Majalah Guru, Lembaga Melayu dan Suara Benar. Beliau juga pernah menjadi penulis khas bagi majalah Pengasuh, Majlis dan Lembaga Melayu.
  • Dari tahun 1957 hingga 1962 pula, Ahmad b. Kotot pernah menjadi pemberita daerah untuk Berita Harian.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Ahmad bin Kotot yang  banyak berjasa didalam membantu pemikiran orang Melayu dan mengembangkan semangat nasionalisme melalui tulisan-tulisannya.

AAP - Sebagai mengenang jasa-jasa beliau, pihak Majlis Daerah Jerantut telah menamakan salah satu persimpangan dibandar Jerantut ini dengan mengabadikan nama beliau yang diberi nama " PERSIMPANGAN AHMAD KOTOT" Di persimpingan Sungai Jan Jerantut.

Alfatihah buat Allahyarham.  Artikel sekadar satu perkongsian dan pengetahuan. "Biarlah kita tidak berapa hebat... namun mengenang mereka yang hebat sudah menjadi sebahagian daripada kehebatan itu".

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

17 ulasan:

  1. Al Fatihah
    payah nak jumpa bahan lama ni
    tq waris, waris kite belake tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah beberapa kali terserempak dgn aki ni. . Bila jmpa selalu lah berborak dgn dia kat bustand jerantet. . Kami bercerita pnjg dan dia meluah kan perasaan dia kerana kehidupan dia . .dia ada menyebut yg org kata dia da x betul . . Ia la sbb dia kaler rmbut dia warna biru. . Kami berborak pnjg berkisar masa muda dia . Kebetulan saya lahir di budu benta x jauh dari tmpt kelahiran nya. . Luahan dia tu yg buat sedih. .kehidupan yg miskin dan sanggup menjual pingat anugerah utk menampung kehidupan nya. .kerap kami brjumpa di bustand jerantut . .al- fatihah buat aki

      Padam
  2. Al-Fatihah.Elok sangat la dikeluarkan mende2 yang orang tak berape nok tau ni...

    BalasPadam
  3. salam..
    setuju sangat..tak salah
    kita mengenang jasa orang
    yang berjaya pada negara
    tak kira lah besar mahupun
    kecik...


    koi pun baru kenal je nih..
    :)

    BalasPadam
  4. bangga melihat namanya tertera di papan persimpangan Sg Jan,sekurang- kurangnya kita akan terfikir siapakah beliau di bumi Pahang ini.kas orang Jerantut....

    BalasPadam
  5. Setahu saya anaknya ada seorang saja, bukannnya 4 orang............siapa pula 3 orang lagi anak-anaknya itu.. mungkinkah ada rahsia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaflah sumber yang penulis dapat macam itu. Jadi penulis tidak beranilah pulak utk menukarkan faktanya. Mungkin ada pihak lain yang boleh menjelaskan akan kesahihanya.

      Padam
    2. Saya cucu Ahmad b. Kotot.
      Nama saya Abdul Rahmanb. Kamarulzaman. Allahyarham atok saya cuma ada anak seorang sahaja.
      Untuk hubungi saya boleh meneeusi email saya arahman.3030.ar@gmail.comm
      Terima kasih.

      Padam
  6. Salam kl leman & akuanak Pahang :

    SALASILAH yg ada sekarang menunjukkan CKGU AHMAD KOTOT warisan TOK KAYA HASSAN (ORANG KAYA LIPIS).

    Tok Kaya Hassan mempunyai 3 anak perempuan : MASNAI, SERIMAS dan MIDAH.

    MIDAH berkahwin dengan MAN - melahirkan 3 org anak : Sahu,Nit dan KOTOT. KOTOT x NODAH ..... dapat 6 orang anak : AHMAD, Adam, Serimas, Bakar, Abas, dan Mahusin.

    AHMAD X HAJIWAH BT IMAM ADON ......dpt seorang anak : KAMARUZZAMAN.

    Demikianlah adanya .... wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...cikgu ahmad kotot ada ada seorang anak sahaja,iaitu kamaruzaman yakni ayah kepada mak saya. Saya adalah cicit nya.

      Padam
  7. Salam - Anak TOK KAYA HASSAN bernama SERIMAS x TOK KAYA TEH@WAN TEH (keturunan kerabat MAHARAJA PERBA -tapi tidak memakai gelaran WAN) .... melahirkan 2 orang anak : TOK KAYA SENTOL@WAN SENTOL dan ADAM@WAN ADAM - wallahualam.

    BalasPadam
  8. Tq admin... Al-Fatihah(dibaca) utk arwah moyang sy...

    BalasPadam
  9. Saya cucunya.
    arahman.3030.ar@gmail.com
    Ta

    BalasPadam
  10. Cikgu Ahmad Kotot ni pernah mengajar di sekolah kg mela kuala lipis pada tahun 1933. Saya ada gambar dia bergambar beramai-ramai didepan sekolah tersebut bersama anaknya kamaruzaman. Kamaruzaman ni berkahwin dgn wan saya iaitu wan bedah dan tinggal dirumah mereka di kg baru jerantut.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.