MAIN MENU

Footer Pages

23 Sep 2011

Hantu Bonceng: JAKIM Sahkan Dialog Tidak Persenda Nabi Muhammad


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng tidak mempersendakan Nabi Muhammad.Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.

Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu. “Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan.

“Dalam isu ini elemen keagamaan telah diberi perhatian cermat dan teliti oleh lembaga,” katanya.  Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Malaysia dan pelbagai pihak dalam media massa serta blog mendakwa bahawa LPF cuai membuat tapisan sehingga filem itu diluluskan untuk tayangan di pawagam.- BERNAMA

Kalau roboh kota melaka 
papan di jawa kita dirikan
Kalau sungguh bagai dikata  
Selamat mereka drp kritikan


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

5 ulasan:

  1. Zizan tak senang duduk dibuatnye...

    BalasPadam
  2. Alasannya : tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas. :(

    BalasPadam
  3. pasni boleh kita bersyahadah gitu pulak kalau dgn asalan gitu

    BalasPadam
  4. Selepas ini jika ada pihak lain yang membuat perkara yang sama... mungkin alasan ini amat relevan utk digunapakai.

    BalasPadam
  5. salam..
    kenyataan ini di buat setelah
    mengambil kira pelbagai aspek..
    harapan yang keruh jernih lah semula..



    tapi koi tetap tak suka orang sesuka cakap begitu..sebab mende ni budak2 pun tengok..nanti jadi trademark pula..

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.