MAIN MENU

Footer Pages

24 Sep 2011

INFO BUAH LEMBA

Nama Tempatan: Buah Lemba
Nama Saintifik: Cucurligo Latifolia
Nama Lain: Lamba dan Pinang Puyuh
Famili: Hypoxidaceae
Asal dan Lokasi dijumpai: Dibelukar dan dihutan

Keterangan:
Buah Lemba atau lebih dikenali juga sebagai pinang puyuh dikelantan ialah sejenis tumbuhan berumpun yang biasa ditemui dikawasan belukar yang agak redup dan terlindung dari cahaya matahari. Bunganya berwarna kuning, kecil dan berbentuk loceng dan berada dalam gugusan. Buahnya berada dalam bentuk tandan seperti buah pinang,kecil dan mempunyai rasa yang sangat manis.Buahnya boleh dijadikan campuran dalam sirap seperti biji selasih dan ia juga boleh berfungsi menyejukkan badan. Rasa manis akan melekat agak lama pada lidah sehingga jika kita minum air putih selepas makan buah lemba, kita akan merasa air putih itu mempunyai rasa yang sangat manis. Lemba membiak melalui rizomnya.Ia sukakan tempat yang redup dan mempunyai pengairan yang baik.

Kelebihanya : Pokok Lemba mempunyai khasiat boleh menyembuhkan pelbagai penyakit antaranya :
- Sakit kepala dan penyakit ulser mulut
- Daun lemba digunakan untuk mandian kaum ibu selepas bersalin;
- Dahulu nenek moyang kita memakannya dengan pinang;
- Jika dicampur cebisan daun ini kedalam minyak urut @ minyak kelapa yg ditanak dapat menambahkan kemujaraban minyak urut berkenaan;
- Akar muda pokok lemba ini jika direbus, air rebusannya boleh memulihkan luka dalam perut atau berak darah;
- Akar + Daun jika digiling @ Blander dan diminum pada kepekatan sederhana dapat melawaskan kencing, memulihkan bengkak sendi (barut) pada bahagian yg sakit;
- Makan buah lemba pula, dapat menghindar mengah atau semput nafas.


Manisnya sibuah buah lemba
mari dimakan di atas papan
Biarlah tidak manisnya rupa
baik budi tetap menjadi ingatan

AAP- Sekarang ini mungkin payah dah nak cari buah ini kut... didalam hutan dan pendalaman negeri Pahang mungkin masih ada lagi. 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

10 ulasan:

  1. * Nok lagi piau minum dengan air perigi.Makin menjadi2 la manihnya....

    BalasPadam
  2. hahaha
    jaman dulu payah nok dapat gula
    makanya makan lembe ni dulu pastu
    teguk air sungai
    pepalih sedak mek entak

    ->ubuntu-untuk insan biasa<-

    BalasPadam
  3. Puas keh mencari nama buah nie.. Terlupa habis.. Keh last makan masa kecik dulu,kat Lepeh, masa tu kat kebun ayah keh.. Pehh

    BalasPadam
  4. Kawas pun dah lama tak makan buah nie :(

    BalasPadam
  5. arwah ayah bg makan mase kecik dlu..mmg manis.

    BalasPadam
  6. arwah ayah bg makan mase kecik dlu..mmg manis.

    BalasPadam
  7. As salam... Koi bukan anak pahang tp kawin dgn org Pahang. Psal buah lemba mmg kesahihan buahnyer manis. Dn bnyak manfaat dr akar smpai ler daunyer smua amat brgune. Koi suh suami koi tnam lbih bnyk lg kt kg.

    BalasPadam
  8. Assalam...dah lama x singgah sini. Tuan blog apa kbr?

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.