MAIN MENU

Footer Pages

21 Ogo 2011

SMS Berantai – Siapa Yang Untung Besar?

Kita semua yang menggunakan telefon bimbit pasti pernah melalui pengalaman atau perkara ini. Kita menerima sistem pesanan ringkas (SMS) yang menarik dari rakan kita berhubung sesuatu peristiwa atau kejadian dan secara tidak sedar, kita juga akan terdorong untuk menghantar kembali sms berkenaan kepada kenalan kita yang lain pula.

Ini kerana sms berkenaan sangat bersesuaian dengan keadaan dan isu semasa menyebabkan kita rasa ia perlu dikongsi dengan yang lain. Tindakan kita dan ramai yang lain akan berakhir mewujudkan satu rantaian sms yang mungkin melibatakn ratusan ribu atau jutaan pengguna. Siapa yang untung? Sudah pasti syarikat-syarikat telekomunikasi (telko) apabila setiap sms yang kita hantar akan mereka caj.

Pernahkah terpikir siapa yang mula sekali mewujudkan sms itu? Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah melahirkan andaian bahawa ia mungkin didalangi syarikat-syarikat telko itu sendiri yang mengupah pihak ketiga untuk mencipta dan menyebarkan sms berkenaan. Beliau mendapati bahawa banyak mesej-mesej, terutamanya yang berkaitan dengan hal-hal keagamaan, seringkali disebarkan melalui SMS. Muhammad Shaani memberi contoh terbaru iaitu sms yang tersebar mengenai bulan dikatakan mengelilingi Kaabah baru-baru ini.

“Bagi bulan Ramadan ini, mesej-mesej seperti ini sudah tentu akan mengujakan umat Islam untuk berkongsi maklumat tersebut kepada rakan-rakan dan ahli keluarga mereka,” kata beliau. Namun, beliau tidak mahu menuduh Telko secara membabi-buta walaupun pihak-pihak berkenaan yang untung besar daripada aktiviti penyebaran sms berantai. Beliau sebaliknya mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mencari sumber yang menghantar SMS tersebut dan tindakan perlu diambil terhadap mereka.

“FOMCA tidak mahu membuat sebarang tuduhan terhadap syarikat-syarikat telekomunikasi yang terlibat dengan perkara ini,” tambah beliau sambil berkata bahawa pihak suruhan jaya mungkin mempunyai sebab munasabah untuk menjalankan siasatan dan juga membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan. Shaani juga menasihatkan pengguna agar mengelakkan diri daripada menyebarkan sms yang tidak mempunyai sebarang asas kerana ia hanya akan menguntungkan syarikat telekomunikasi - Sumber Mynewshub.

Moralnya kalau dekat nak musim perayaan nie jika menerima SMS seumpamanya usahlah diulang-ulang menghantar SMS berantai utk dihantar kepada org lain... dan lain akan menghantarnya pula SMS yang sama pada orang lainnya... akan perkara sama....  sudah siapa yang dapat untung besar?

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

7 ulasan:

  1. ande juga terima ketnya koi tak forward le...

    BalasPadam
  2. dalam bulan ramadan ni saja byk doh kwn terimanya tp x penah mem'forward' pun.....hehe

    BalasPadam
  3. tak pernah foward pu,buat bazir kredit je.

    BalasPadam
  4. salam Yassin..
    dah tentu syarikat telekomunikasi
    lah yang untung buat duit gamaknya..koi selalu sms gini delete je..

    BalasPadam
  5. kalau yang pelik2,kawan palor aje,....

    BalasPadam
  6. sebenarnya benda ni bukan la pekara baru,kalau dulu dipanggil surat berantai sebelum ada telepon bimbit.bukan bulan ramadhan je aku dapat mesej macam ni,bulan biasa pun banyak.,aku memang tak layan mesej2 macam ni.
    di akhir mesej berbunyi; sebarkan,sekiranya tidak disebarkan anda akan ditimpa malapetaka....
    aku lebih pecaya pada qadak dan qadar daripada mesej ni

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.