MAIN MENU

Footer Pages

20 Ogo 2011

Pastikan al-Quran digital lulus JAKIM


Umat Islam dinasihatkan supaya tidak mudah tertipu dengan al-Quran digital yang ditawarkan dengan harga murah serta dilengkapi pelbagai aplikasi, sebaliknya perlu terlebih dulu menyiasat sama ada mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau sebaliknya. Pengurus Kanan Pemasaran dan Jualan Dawama Sdn Bhd, Norida Jalaluddin, berkata walaupun al-Quran digital dijual secara meluas di pasaran menawarkan pakej lengkap termasuk terjemahan pelbagai bahasa, selain panduan bacaan yang berterusan serta perisian Muqaddam, tiada jaminan kandungannya benar-benar menepati al-Quran.

Norida berkata, syarikatnya yang bekerjasama dengan Iqra Pintar Sdn Bhd menerbitkan al-Quran digital, e-Qalam menjalani saringan yang ketat KDN dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) termasuk disemak sebanyak dua kali sebelum diterbitkan pada 2009 dan pekerja yang terbabit perlu beragama Islam dan menutup aurat sepanjang proses penghasilan al-Quran itu.

“Al-Quran yang kita gunakan juga daripada KDN yang mengikut Rasm Uthmani, selain perisiannya dilakukan dalam negara. Pen digital yang digunakan untuk bacaan juga fokus kepada ayat yang dibaca bagi memudahkan mereka yang baru belajar dan terjemahannya juga terhad kepada satu bahasa bagi setiap set.

“Walaupun harganya tidak semurah lambakan al-Quran digital yang dijual di pasaran, kita menekankan kepada kualiti dan adab dalam pembikinannya kerana ini adalah kitab Allah yang menjadi panduan seluruh umat Islam,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Isnin lalu, akhbar ini mendedahkan, banyak perisian al-Quran digital termasuk dalam telefon bimbit, komputer tablet dan pen pintar dijual di negara ini dikesan mempunyai pelbagai kesilapan yang boleh menjejaskan pemahaman umat Islam yang menggunakannya.

Perisian ayat al-Quran dalam bentuk visual dan audio MP3 serta MP4 kebanyakannya dibawa masuk dari China dikesan mempunyai kesilapan seperti tiada tanda baris, wakaf, susunan ayat tidak teratur, ayat tidak bernombor serta kesalahan teknikal pada paparan.

Sementara itu, Pengurus Kanan Teknologi Maklumat Dawama Sdn Bhd, Zulkifli Suliman berkata, beliau pernah menerima tawaran menjual al-Quran digital yang boleh dibeli daripada pengeluar dipercayai tidak mendapat kelulusan KDN dengan harga RM200 seunit untuk 12 unit dan boleh dijual kembali dengan harga RM360 ketika menyamar sebagai pengedar. Sumber Berita Harian.

Ada juga sahabat yang menjual Quran Digital nie entah lulus dek Jakim ker tidak :( Moralnya kalau kita berminat dan nak membeli kena check juga benda ini ada kelulusan atau tidak. Gambar sekadar hiasan

Wassalam, Wa'allahhualam.  :
 

6 ulasan:

  1. betul tu kena check betul2
    bagi pd yg arif dan pakar

    BalasPadam
  2. Kalau kita malas tunngu aje pihak Jakim memberi kelulusan yak.

    BalasPadam
  3. salam Yassin..
    betul sangat tu..
    apa pun kena berhati2..
    main dengan perkara ni
    baik dapat kepastian
    juga..tidak lain jadinya

    BalasPadam
  4. salam. nk mtk tolong semua yg arif ni. iQuran yg didownload utk android, terbitan Guided Ways Technologies Ltd (www.guidedways.com), adakah blh digunakan? dengan agensi mana patut saya dptkn kepastian? ada tak email or ctc no. the right person yg blh jawab persoalan ni?

    BalasPadam
  5. Beruntunglah mereka yang pelajari Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran akan menjadi syafaat dan teman mereka di akhirat nanti.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.