MAIN MENU

Footer Pages

19 Jul 2011

Sudahlah Gaharu Cendana pula...

 Sebatang pokok gaharu yang terdapat dekat opis saya nie :)

Apa itu Gaharu ?
Gaharu adalah sejenis damar yang terbentuk secara semula jadi akibat daripada tindak balas pokok gaharu ke atas serangan fungus/bakteria (penyakit). Pokok yang diserang menyebarkan sejenis minyak berbau bagi melindungi bahagian yang cedera ( sama ada akar, batang, dahan dan sebagainya ) di mana minyak ini lama kelamaan akan menjadi keras ( damar ).Bahan damar yang terhasil ini pula mengandungi bahan sari atau resapan damar yang wangi dan dikenali sebagai gaharu.

Kegunaan Gaharu
Gaharu digunakan dalam pelbagai cara termasuk perubatan tradisional, artifek-artifek seni dan pati minyak. Gaharu dibakar untuk menghasilkan bau-bauan yang wangi sejak dahulu lagi oleh orang-orang Cina, Arab, India dan Jepun yang mana ia banyak digunakan dalam perayaan-perayaan, adat dan keugamaan. Pati minyak yang di ekstrak daripada gaharu pula digunakan sebagai bahan campuran minyak wangi sebagai contoh, minyak ‘attar’, iaitu wangian berasaskan air yang mengandungi minyak ekstrak gaharu. Wangian tersebut digunakan secara meluas oleh orang Islam.Kini ekstrak gaharu juga digunakan dalam pembuatan sabun dan sampoo wangian serta penghalau serangga.

Nilai Gaharu
Di pasaran tempatan teras gaharu dijual berdasarkan mutunya yang dibahagikan gred-gred tertentu iaitu di antara RM1000.00 hingga RM25,000.00/kg. Pati minyak yang diekstrak juga dijual berdasarkan mutunya mengikut gred tertentu iaitu di antara RM350.00 – RM1200.00/pertola/ atau 12 ml. Ketulan kayu / wood chip gaharu dijual berdasarkan mutu mengikut gred dari RM4 – RM350/kg.
Sumber kredit http://usahawangaharu.blogspot.com/

Pendek kata kalau siang malam orang duk cari gaharu... jika tidak ada permantau dan tindakan sebaiknya... sudah memupus juga pokok gaharu nie :)

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

3 ulasan:

  1. Memamng mahal harga gaharu nih...
    Gaharu suntik pun ada juga sekarang...

    BalasPadam
  2. pokok ni ramai rakan2 sepergunungan sy tanam

    mmg berbaloi

    BalasPadam
  3. Boleh bikin duit pokok ni Sin.. nanti kita tebang..ajak MieCyber sekali..

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.