MAIN MENU

Footer Pages

20 Jul 2011

SEJARAH KESULTANAN PAHANG DARI DINASTI BENDAHARA

BENDAHARA SRIWA RAJA PAHANG (1863-1882)
Bendahara Wan Ahmad Ibni Bendahara Wan Ali

SULTAN PAHANG I (1882-1914)
Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah ibni Almarhum Bendahara Wan Ali

Pemerintahan Bendahara di Negeri Pahang bermula dengan keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan berakhir apabila Bendahara Tun (Wan) Ahmad ibni Almarhum Bendahara Wan Ali diisytihar sebagai Sultan. Keturunan Bendahara berjaya menjadi Sultan akhirnya adalah akibat daripada pepecahan semasa pemerintahan Bendahara Ali, di mana kerajaan Johor-Pahang mulai berpecah antara Orang Besar Melayu dan Orang Besar Bugis serta kewujudan kuasa Inggeris-Belanda di Kepulauan Melayu. Justeru kerana itu, Bendahara Ali menguatkan kedudukannya di Pahang sebagai pemerintah pada tahun 1819 dan Temenggong pula berkuasa di Johor.

Bendahara Tun (Wan) Ali yang menggantikan ayahandanya Marhum Koris dalam tahun 1806, telah mangkat dalam tahun 1857 di Kampung Lamir, Pahang Tua. Puteranya Tun Ahmad bersemayam di Pulau Maulana. Tidak berapa lama selepas itu berlakulah perbalahan antara Tun Ahmad dengan Tun Mutakhir, kekandanya. Perang itu dikenali sebagai 'Perang Saudara'. Tun Ahmad akhirnya berjaya menewaskan kekandanya apabila hulubalang-hulubalangnya di bawah pimpinan Panglima Kakap Bahaman telah menewaskan kubu Tun Mutakhir. Tun Ahmad diisytihar sebagai Bendahara dan berpindah dari Pulau Maulana ke Kuala Sungai Parit yang kini dikenali dengan nama Kampung Padang Polo.
Sultan dan hulubalang-hulubalangnya.

Pada tahun 1881, jurutulis kepada Bendahara Ahmad, Encik Abdullah bin Hassan yang dikenali sebagai Encik Dollah Tulis dengan persetujuan Bendahara, telah meminda cap iaitu daripada 'Bendahara' kepada 'Sultan'. Atas sebab itu, pada 6 Ogos 1882, Tun Ahmad diisytihar sebagai Sultan Ahmad. Manakala pada 12 Disember 1884, Sultan Ahmad telah ditabalkan sebagai Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah. Dari tarikh itu juga anakanda-anakanda baginda dinaiktaraf kepada Tengku manakala isteri baginda, Cik Puan Bongsu kepada Tengku Ampuan.

Apabila Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah mangkat pada 9 Mei 1914, Yang Mulia Tengku Besar diisytiharkan sebagai Sultan. Baginda pula mangkat di Rumah Rehat Kuala Pahang pada malam Selasa 19 Jun 1917. Tempat baginda diganti oleh adinda baginda, Yang Mulia Tengku Abdullah yang kemudiannya ditabal dengan gelaran Al-Mu’tasim Billah Al-Sultan Abdullah.

Baginda Sultan Abdullah dikurniakan beberapa orang putera dan puteri. Antaranya ialah Yang Mulia Tengku Abu Bakar. Dalam tahun 1925, Tengku Abu Bakar dikahwinkan dengan Raja Fatimah, puteri kepada Sultan Alang Iskandar Shah, Perak. Tidak berapa lama selepas perkahwinan Diraja itu dilangsungkan, Sultan Alang Iskandar Shah telah berunding dengan Sultan Abdullah untuk mendapatkan persetujuan kerajaan Inggeris supaya Sultan Abu Bakar dilantik sebagai ‘ganti raja’ menggantikan keputusan yang diambil semasa Yang Mulia Tengku Mahmud diisytiharkan sebagai Tengku Besar .

Setelah beberapa lama, dengan sokongan Pesuruhjaya Tinggi Sir Hugh Clifford, kerajaan Inggeris telah bersetuju supaya Putera Sulung Sultan yang memerintah dilantik sebagai Pengganti Raja, dengan gelaran Tengku Mahkota. Maka pada 10 Jun 1930, Yang Mulia Tengku Abu Bakar telah ditabal sebagai Tengku Mahkota Pahang yang pertama. Dengan usaha Pesuruhjaya Tinggi C. Clement, kerajaan Inggeris telah bersetuju agar putera Sultan yang kedua dilantik sebagai ‘Tengku Arif Bendahara’ dan putera ketiga sebagai ‘Tengku Arif Temenggong’.

Baginda Sultan Abdullah mangkat pada pukul 8.25 malam Rabu. 22 Jun 1932. Sebelum jenazah Almarhum meninggalkan Istana Kuning, Yang Teramat Mulia Tengku Abu Bakar telah diisytihar sebagai Sultan Pahang. Baginda ditabal dengan gelaran Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu'adzam Shah pada hari Ahad, 28 Mei 1933. Baginda Sultan Abu Bakar mangkat pada pukul 12.45 pagi, Ahad 5 Mei, 1974 setelah 42 tahun berada di atas takhta kerajaan negeri Pahang. Maka dengan itu, Yang Teramat Mulia Tengku Haji Ahmad Shah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar telah diisytiharkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada 7hb Mei 1974 sehingga ke hari ini.

Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah

Sumber : Google

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :
 

17 ulasan:

  1. assalamualaikum akuanakpahang
    terima aksih atas penerbitan artikel ini.dgn mengenali sjearah,kita kan menghargai diri dan tahu jati diri kita
    sekian, wassalam

    BalasPadam
  2. banyak deme keluar cite hal sejarah ni boleh buat buku dah ni weh :)

    BalasPadam
  3. Salam...

    Ni sejarah penting ni...
    Selalu baca kat muzium..

    BalasPadam
  4. Salam semua.. semoga menjadi rujukan dan pengetahuan anak cucu kita esok.

    BalasPadam
  5. Assalam..

    Bagus info sejarah ni..lain kali mudah nak cari dtg je sini.

    BalasPadam
  6. salam..
    molek amat nih
    ketahui perkara
    yang kita tak tahu
    sebelum ni atau
    sengaja buat tak tahu..
    arkib generasi mendatang

    BalasPadam
  7. info yang sangat berguna.di harap dapat di detail kan lagi segala informasi di masa hadapan.tq

    BalasPadam
  8. Aku bukan anak Pahang , tapi mengapa tidak cerita yg benar...kenapa tidak cerita kebenaran...ulasan perang saudara terlalu ringkas...membuatkan sejarah Pahang menjadi lansung tak menarik..yg benar tetap benar...ramai nak tahu kisah sebenar dan juga penglibatan Inggeris dalam perang saudara...mengapa Tun Ahmad menentang kekanda nya Tun mutahir

    BalasPadam
    Balasan
    1. mereka berperang sebnyak 3 kali yang akhirnya dibantu sendiri oleh adik bongsunya wan daud

      Padam
    2. sebab mereka berperang tidak dapat diceritakan ia agak sulit

      Padam
  9. Salam ANAK PAHANG. Penulisan anda meskipun ringkas tetapi dapat dibaca dengan mudah oleh pengunjung blog. Untuk lebih halus dan mendalam kenalah pergi ARKIB atau PERPUSTAKAAN NEGERI PAHANG. Di sana ada KOLEKSI PAHANG - banyak yg boleh dibaca.

    Gaya penulisan tak sama. Secara halus, nama-nama yg disebut dlm SEJARAH PAHANG memerlukan pengetahuan yang mendalam.

    Misalnya, semasa WAN AHMAD naik takhta Pahang (1863M), baginda lebih popular dengan gelaran BENDAHARA WAN AHMAD. Wallahualam.

    BalasPadam
  10. Adakah tun mutakhir itu adalah yg dsebut panglima gantang yg lari ke johor (sungai simpang kiri-bukit inas)???? Tolong jawab ssiape yg mngthui crte ini

    BalasPadam
  11. nak tanya..saya dapat athu bahawa sultan ahmad tun ali mempunyai anak sepupu iaitu temenggong che wan ahamad bin che wan sulong..bolehkah beri biografi che wan ahmad..

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.