MAIN MENU

Footer Pages

28 Jul 2011

PUISI : Seandainya kita ingin mentaksir.

 Gambar Ehsan Kuala Lipis daily photo

Katanya :
Paku menembusi kayu
Karat memamah paku
Ada cerita disitu yang kita terlepas pandang
Dan gagal menafsir makna.
Ubi Marchino - Kuala Lipis Daily
 |
Sewaktu gagah tanpa karat 
penuh warna berseri dan berkilat
menembusi segala yang tersurat...
sedarlah diri tiada juga siapa yang hebat
bila sampai waktu tentu berkarat
jika direnung banyak maksud tesirat
andai di renung dengan makrifat
sedarlah diri, tiada juga yang hebat
ketentuan besi pasti berkarat.
 akuanakpahang - Jerantut



3 ulasan:

  1. salam..
    ermm..berbalas puisi
    aok yak...?he he..



    HINA BESI KERANA KARAT (tak de rega)
    HINA MANUSIA KERANA HUTANG (tak de rega)

    BalasPadam
  2. Wmsalam Zul .. tak de keje berbalas puisi le :)

    BalasPadam
  3. Seperti kehidupan kita juga lama-lama akan beransur berkarat juga kita ni cuma biarlah karat yang masih ada harga & tak hilang bisanya

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.