MAIN MENU

Footer Pages

15 Jul 2011

BIODATA IMAM RASU BIN SHAHRUM ( TOK GAJAH )

Imam Rasu bin Shahrum atau juga dikenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu Abd Salam dan Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar. Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala Piul, kawasan dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa, kawasan dari Pedah hingga ke Tanjung Lindung dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang.
Beliau juga merupakan ketua pasukan Sultan dalam penentangan terhadap penjajah British bersama Datuk Bahaman dan pejuang-pejuang sezamannya yang dipimpin oleh Tok Ku Paloh tahun 1893/1895. Tok Gajah sanggup menghadapi askar-askar British yang lengkap bersenjata ketika bertindak menghalau penjajah British yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau, pahlawan Melayu Pahang.

Bersama-sama dengan Datuk Bahaman, Datuk Lela dan Mat Kilau, Tok Gajah merupakan salah seorang pahlawan yang terlibat dalam mematahkan pemberontakan Pahang antara tahun 1891 hingga tahun 1895. Bersama dengan Wan Lingga, Tok Gajah telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini disebabkan perselisihan antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad.

Pada tahun 1892, pihak British mengeluarkan perintah tangkap ke atas Tok Gajah lalu memaksa beliau menyelamatkan diri ke Ulu Kelantan dan kemudian ke Hulu Terengganu sebelum meninggal dunia pada tahun 1901. Kubur Tok Gajah terletak di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman. Sumber :  http://wapedia.mobi/ms/Tok_Gajah
 

Namun menyedihkan apabila makam Tok Gajah, pahlawan melayu yang terkenal dengan keperwiraan menentang penjajah Inggeris pada 1890-an di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang di sini, menjadi tempat tahi judi melakukan pemujaan bagi mendapatkan nombor ekor. Lapuran Harian Metro hari ini mendapati makam tokoh yang meninggal dunia pada 1901 itu tidak terurus dan menurut cerita penduduk kampung, ia turut menjadi tumpuan perbuatan khurafat kaki judi yang dipercayai orang luar.

DATO BAHAMAN

Dato Bahaman

Paling baru sekumpulan kaki nombor ekor dilihat penduduk memasuki kawasan makam itu pada Februari lalu dan dipercayai menjalankan kegiatan pemujaan bermula jam 12 malam hingga awal pagi. Penduduk hanya menyedari perbuatan khurafat itu apabila melihat kesan lilin yang ditinggalkan di kawasan makam berkenaan keesokannya.

Sebaiknya ada pihak tertentu yang mengawal selia makam Pahlawan ini. Kerana jasa pengorbanannya pada Negeri ini tidak ternilai. Alfatihah buat pahlawan kita amin semoga rohnya dicucuri rahmatNYA jua. Nota Kaki :  Penulis tidak dapat mempastikan gambar diatas adalah gambar sebenar beliau yang bernama Tok Gajah.

Wassalam, Wa'allahhualam. :
 

8 ulasan:

  1. Pahang memang mempunyai ramai pahlawan. Moga roh para pejuang ini berada di kalangan orang2 beriman..amin...

    BalasPadam
  2. salam Yassin..
    perginya tak kembali lagi
    tapi jasanya yang di tinggalkan
    demi kesenangan kita sepanjang
    zaman..moga Allah mencucuri
    rahmat ke atas rohnya..

    BalasPadam
  3. bes amat weh
    baca sejarah lama-lama nih
    tq berkongsi info

    BalasPadam
  4. Apa pengorbanan mereka ni? Dia cuma buat kerja dia sebab bertugas sbg Pembesar Negeri Pahang..selepas melarikan diri bila keluar arahan tangkapan.. boleh tak perjelaslan apa sumbangan mereka kpd negara sebenarnya? ,apa yg sy paham mereka cuma buat kerja yg yang diarahkan oleh Sultan sbg Pembesar Negeri..itu kan tanggungjawab tugas sahaja.. ada maklumat yg boleh membantu tak sehingga semua org2 kaya zaman dahulu ini dianggap sbg pahlawan negeri pahang?

    BalasPadam
  5. Kisah anak dia Mat Kilau pun sy xjelas sgt...apa yg hebat disebalik kisah dia menyorok dan melarikan diri? Tiba2 kita angkat dia sbg Pahlawan Melay bila dia keluar semula dr tmpt persembunyian.. Apa pengorbanan Mat Kilau sebenarnya? Dia cuma anak pembesar negeri dan terlibat secara xlangsung sbb ikut bapa dia iaitu Tok Gajah.. itu saja maklumat yg ada..

    BalasPadam
  6. Kisah anak dia Mat Kilau pun sy xjelas sgt...apa yg hebat disebalik kisah dia menyorok dan melarikan diri? Tiba2 kita angkat dia sbg Pahlawan Melay bila dia keluar semula dr tmpt persembunyian.. Apa pengorbanan Mat Kilau sebenarnya? Dia cuma anak pembesar negeri dan terlibat secara xlangsung sbb ikut bapa dia iaitu Tok Gajah.. itu saja maklumat yg ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jasa mereka mempertahankan kedaulatan negeri pahang dari ditawan oleh inggeris...lain kali baca dgn hadam..jangan baca saja tapi tak hadam..mereka larikan diri dari ditangkap oleh british..klau mereka ditangkap..dah tentu kedaulatan negeri pahang dgn mudah di ambil alih oleh british..itu pon takkan tak faham..bukan kata pahlawan tuu..wajib berdiri mcm tungul..tok gajah dan mat kilau..memimpin perjuangan menentang british..dan berjaya menghalang british dari menawan negeri pahang..british cuba mengambil alih kuasa pemerintahan sultan dgn menubuh kan psukan polis..namun dgn adanya tok gajah dan mat kilau..menghalang british menawan pahang dgn mudah..klau nak harapkan org mcm kau..memang awal awal lagi negeri atau negara ini dah hancur..dek kerana bangang kau..yg buta sejarah...sampaikan tugas pembesar pon kau tak faham..dan memang tugas pembesar menjaga hal ehwal rakyat..terutama pencerobohan dari penjajah...kau faham takk..samdol..

      Padam
    2. Yg hebat tok gajah dan mat kilau..sampai sudah.. british tak dapat menangkap mereka..diatas kepakaran yg diberikan Allah pda mereka..british tak dapat menawan negeri pahang..walaupon british ada kelebihan dgn pasukan tentera dan polis..klau suruh kau pimpin angkatan...rasanya awal awal lagi kau dah lari tak cukup tanah..dek kerana bangang kau..terlajak bangang..buta sejarah dan buta perut..selama tok gajah dan mat kilau diburu british..tidak sekali pon mereka dapat ditangkap..dan british.terpaksa kehilangan peluang tuk menawan negeri pahang

      Padam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.