MAIN MENU

Footer Pages

15 Jul 2011

Gambar dan Biodata Dato' Bahaman (Datuk Setia Jaya Semantan)

Dato' Bahaman

Gambar ini adalah koleksi peribadi akuanakpahang, gambar ini dikatakan gambar Datuk Setia Jaya Semantan Tok Bahaman yang telah tersimpan sekian lama didalam gerobok saya. Harap maaf gambar ini sudah tidak berapa jelas mungkin kerana telah terlalu lama didalam simpanan. Gambar ini sekadar untuk tontonan bersama kesahihan gambar ini adakah wajah sebenar beliau tidak dapat dipastikan. Namun menurut sumbernya mengatakan gambar ini adalah wajah Dato' Bahaman. Wa'allahhualam.

1. Asal-Usul
Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.

Dato Bahaman Orang Besar Raja yang menentang penjajahan British di Tanah Melayu

Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.

2.Anugerah

Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor. Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.

3. Perang Semantan

Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.

Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya. Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandar Temerloh.

Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran dari itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.

4. Buruan British

Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan Ahmad untuk menamatkan kebangkitan Dato’ Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang dinamakan “Gerakan Sultan” telah dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya mempunyai senjat api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.

Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak Inggeris kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris.

Pada Mei 1982, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris. Pada 14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman bersama 100 orang pengikutnya.

Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di Pahang.

Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan serangan secara besar-besaran yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan.

Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1895 apabila Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1896, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.

Kebangkitan Dato’ Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah menyebabkan pihak Inggeris menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar sebanyak 7200.00 dollar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

5. Persetian Sumpah

Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah mengambil keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah akan menggunakan nama lain dan tidak akan mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya. Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan itu, iaitu Dato’ Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok Janggut).

Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam. Pada tahun 1920, Dato’ Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato’ Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjumg Medang, Kg. pasir Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang. Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato’ Bahaman tinggal di Kg. Peramu sehingga kematiannya.

Sumber dan info diatas dirujuk daripada beberapa pihak dan hasil carian Google, dan
wapedia.mobi/ms/Abdul_Rahman_bin_Tuanku_Imam_Nuh

Al fatihah kita sedekahkan untuk Pahlawan Dato' Bahaman.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

9 ulasan:

  1. Al-Fatihah...

    Banyak jasanya pahlawan2 dulu...
    Semoga kita mengenangnya dan jgn biarkan negara kita dijajah lagi...

    BalasPadam
  2. al fatihah
    begitu hebat perjuang mereka semua ni

    apa pulak perjuangan kita sekarang?

    BalasPadam
  3. Assalam..

    Sejarah perjuangan pahlawan dahulu patut menjadi contoh & tauladan pada kita generasi hari ini yg hidup dalam keadaan aman damai.

    BalasPadam
  4. salam Yassin..
    molek amat..jadi koleksi
    buat tatapan generasi akan
    datang..tahniah!

    BalasPadam
  5. Salam sekelian semua tahun 1433/2012 adalah persediaan para-para rijalul ghaib terutama Dato' Bahaman bersama pilihan nya siap-siaga untuk peperangan melayuIslam yang terakhir kini selepas banjir terbesar sekali melanda bandaraya KL nanti danselepas PRU13. Salam dari blog "Kemega" Do'a kekita dari marabahaya dan malapetaka kemurkaan Allah SWT, S0lawat! Ya rasullullah SAAW.

    BalasPadam
  6. Asslamualaikum!

    Perjuangan Dato Bahaman belum selesai. Umat Islam hendaklah mentaati perintah Allah untuk bangkit memberontak dan memerangi kerajaan demokrasi Malaysia yang kafir ini untuk kemudiannya digantikan dengan sebuah kerajaan Islam melalui Jihad, Perang dan Revolusi. Wahai kaumku! Ingatlah Tok Gajah dan Mat Kilau serta rakan-rakan mereka. Ingatlah Dato Maharaja lela, ingatlah Dol Said, ingatlah Rahman Limbong dan ingat Tok Janggut. Ingat Ibrahim Libya!

    Janganlah disia-siakan segala perjuangan dan pengorbanan mereka. Sambungkanlah wahai umat Islam sekelian perjuangan mereka yang belum selesai ini. Bangkitlah dan berjuanglah dengan jiwa dan ragamu untuk menghapuskan kerajaan demokrasi yang kafir ini, kerajaan yang sedang dijajah oleh Yahudi laknatullah yang dibantu oleh para musuh Allah yang juga terdiri daripada bangsa kita dan kaum seagama dengan kita.

    Wahai bangsaku! Bersatulah sesama kita di atas asas Aqidah kita, bangkitlah wahai bangsaku di atas asas Aqidah kita untuk menghapuskan kerajaan demokrasi ciptaan Yahdui yang berasaskan Aqidah yang kufur ini. Bebaskanlah diri kita daripada cengkaman Yahudi dan talibarut mereka yang sedang berkuasa dan bermaharaja lela ke atas kita kini. Ingatlah ini adalah perintah Allah - Tuhanmu - Quran 2:193 dan 22:40!

    Janganlah engkau redha kepada kerajaan kita yang kufur ini. Ianya adalah kufur dan milik Yahudi. Seandainya engkau sahut seruan Allah ini, ganjaran yang besar sedang menunggu engkau di Akhirat nanti. Seandai engkau enggan, ingatlah engkau sekali-kali tidak akan terlepas daripada seksa yang pedih di akhirat nanti - Quran 9:38,39!

    Allahu Akbar!

    BalasPadam
  7. salam,,,saya nak copy boleh...?

    BalasPadam
  8. Menarik kisah ini. Apa yang lebih menarik lagi, kubur Dato' Bahaman berada di sini, di Selangor Darul Ehsan. Sesiapa yang berminat menyelidik dan membongkar sila email saya di Hashimchot@yahoo.com HIDUP PEJUANG MELAYU !

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.