Salam semua, sekali pandang tiada kelebihannya pokok kelapa sawit ini, dahulunya pokok ini disebut kelapa bali macam boleh dapat nama kelapa bali saya pun tak tahu :) di fahamkan lima batang pokok kelapa sawit ini adalah antara yang terawal ditanam di Bandar
Jerantut. Sewaktu dahulu kawasan ini pernah dijadikan Stesen Bas Jerantut.
Dahulu kawasan ini agak sibuk juga kerana banyak urusan jual beli terdapat disini, dahulunya juga terdapat deretan kedai papan yang dibina di sepanjang laluan ini. Namun bila pokok kelapa sawit ini ditanam dan siapa menanamnya tidak dapat dipastikan... mungkin ianya ditanam seawal tahun 60an lagi gamaknya.
Sewaktu saya kecil, pokok-pokok tersebut sudah berada disitu :) tentunya pokok kelapa sawit ini banyak menyimpan kenanganya bagi penduduk Bandar Jerantut itu sendiri. Kini ada pihak yang menamakan laluan ini "Lorong Bombay" kenapa dan mengapa mungkin sebabnya lorong ini telah dikuasai oleh geng india sambil minum-minum, lepak-lepak dan tidak ketinggalan mabuk-mabuk kat situ.
Ada baiknya jika pokok kelapa sawit ini terus diperlihara dan dijaga oleh pihak MDJ kerana pokok ini banyak kenangan dan sejarahnya :)
assalam..
BalasPadamLawo juga pokok kelapa sawit tu cuma kena hati2 juga takut batangnya reput..kalau nak cantik lagi cat & kilatkan dgn syelek
Pozi - hehehe... aok suruh cat ngan syelek yak :)lawo juga tu... kawan bimbang juga pokok tu reboh :(
BalasPadamboleh cop kelapa sawit la kat situ
BalasPadamyelah goner yak leh jd kelapa bali ter?
BalasPadamZaman dah beruboh.....
BalasPadamVideo Karnival Silat ,Pameran Ubat & Forum Perdana Anjuran PSGLM
salam Yassin..
BalasPadamtua amat tu..takut
tumbang je..kalau
di Jengka nuh 35
tahun confirm tebang
dah pokoknya..
:)
Arak-arak kelapa pandan
BalasPadambelakang panda kelapa bali
harap kami padamu tuan
kalau tak tuan siapa lagi
bandar Jerantut bandar teladan
jaga memolek biar berseri.
oooo koi baru tau kelapa bali ngn kelapa sawit tu sama..tingat lagu kumpulan Amuk dulu..huhuhu...
BalasPadamTinggi-tinggi kelapa bali,
BalasPadamWalaupun tinggi kental diri,
Tidak pernah lupa diri,
Tidak pernah megah diri,
Mencengkam akar di bumi...
Salam,
BalasPadamSyarikat kami membekalkan baja untuk kelapa sawit dan getah..
Untuk mendapatkan hasil yang lumayan sudah pasti pokok jugak memerlukan makanan yang berkualiti...
Untuk keterangan boleh melawat ke blog saya...
http://golden-rengat.blogspot.com
https://m.facebook.com/pages/category/Local-Business/Bonsae-Kelapa-Bali-146657429450610/photos/?locale2=ms_MY
BalasPadamLain tempat..lain sebutanya..kelapa bali ni
https://m.facebook.com/pages/category/Local-Business/Bonsae-Kelapa-Bali-146657429450610/photos/?locale2=ms_MY
BalasPadamLain tempat..lain sebutanya..kelapa bali ni